Page 59 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 59

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 52




               pencarian  pekerjaan  baharu,  isu  masalah  keluarga,  anak  dan  lain-lain.  Kesimpulan
               daripada data-data informasi dan maklumat sedunia,  memang ada keperluan kaunseling
               online  ditawarkan  untuk  mengurangkan  perasaan  kecemasan,  takut,  risau,  stres
               terhadap  pandemik  serta  isu-isu  kewangan,  pengangguran,  masalah  perbalahan
               keluarga dan anak yang sedang melanda jiwa pancaroba mereka.



               OBJEKTIF KAJIAN

                   1.  Menganalisis bilangan sesi kaunseling online sewaktu COVID19 dalam tempoh
                       PKP.
                   2.  Menganalisis bilangan sesi kaunseling online sewaktu COVID19 dalam tempoh
                       PKP mengikut jantina, kaum dan waktu sesi.
                   3.  Mengkaji isu dan masalah utama yang diterima melalui kaunseling online ketika
                       waktu PKP.
                   4.  Mengkaji teori/modul kaunseling yang digunakan untuk membimbing klien semasa
                       sesi kaunseling online sewaktu COVID19 dalam tempoh PKP.


               PERSOALAN KAJIAN

                   1.  Berapakah  bilangan  sesi  kaunseling  online  sewaktu  COVID19  dalam  tempoh
                       PKP?
                   2.  Berapakah bilangan sesi kaunseling online sewaktu COVID19 dalam tempoh PKP
                       mengikut jantina, kaum dan waktu sesi?
                   3.  Apakah isu dan masalah utama yang diterima melalui kaunseling  online ketika
                       waktu PKP?
                   4.  Apakah teori/modul kaunseling yang digunakan untuk membimbing klien semasa
                       sesi kaunseling online sewaktu COVID19 dalam tempoh PKP?



               KEPENTINGAN KAJIAN


               Kajian ini penting bagi pihak Lembaga Kaunselor Malaysia mengumpul data maklumat
               sesi  kaunseling  online  sewaktu  pandemik  COVID19.  Pihak  berkaitan  akan  membuat
               analisis  tentang  keperluan  sesi  kaunseling  untuk  kaum,  jantina  dan  negeri  berkaitan.
               Rekod  kajian  kali  pertama  ini  amat  penting  untuk  rujukan  masa  depan  sekiranya
               pandemik       berulang     dan     kaunseling     diperlukan     atau    cara-cara     untuk
               penambahbaikannya.
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64