Page 60 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 60

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 53




                       Kajian  ini  juga  penting  bagi  pendedahan  para  kaunselor  bahawa  usaha  dan
               sukarelaan mereka amat penting dan diperlukan khasnya bagi kaunselor yang bertugas
               waktu malam. Sumbangan dan sokongan para kaunselor memang diperlukan.


                       Kajian ini juga penting bagi pihak klien bahawa mereka tidak perlu merasa panik,
               stres atau bertindak negatif sewaktu pandemik. Sebaliknya mereka boleh menelefon dan
               berkongsi isi hati mereka dengan para kaunselor yang terlatih. Segala perkongsian akan
               dirahsiakan menurut Akta Kaunselor 580.





               METODOLOGI


               Seramai 42 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di zon utara
               Malaysia  iaitu  negeri  Perlis,  Kedah  dan  Pulau  Pinang  telah  melaksanakan  program
               bantuan kaunseling online COVID19 bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
               dari  18  Mac  sehingga  2  Mei  2020  bagi  fasa  pertama.  Program  talian  kasih  15999
               diteruskan bagi fasa kedua iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada
               10  Mei  sehingga  9  Jun  2020  serta  fasa  ketiga  iaitu  Perintah  Kawalan  Pergerakan
               Pemulihan (PKPP) pada 11 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

                       Tiga sesi iaitu pagi, petang dan malam dengan pengoperasian 24 jam setiap hari
               untuk  membantu  khasnya  kaum  wanita  yang  memerlukan  bantuan  ketika  trauma
               pandemik COVID19 termasuk aspek kewangan, pekerjaan, isu keluarga, anak dan lain-
               lain. 42 orang kaunselor terbahagi kepada tiga sesi iaitu setiap sesi terdapat empat belas
               orang  kaunselor  yang  bertugas  serentak.  Sesi  masa  bertugas  akan  digilir  setiap  dua
               minggu yang dioperasi oleh kakitangan Lembaga Kaunselor Malaysia. Tempoh masa
               perkhidmatan  setiap  orang  kaunselor  adalah  sepanjang  lapan  jam  setiap  hari  seperti
               jadual di bawah:



               Jadual 1: Masa Bertugas Setiap Orang Kaunselor Semasa PKP

                Bil.        Masa Bertugas                                      Kumpulan


                1           7.00 pagi - 3.00 petang                            A

                2           3.00 petang - 11.00 malam                          B

                3           11.00 malam – 7.00 pagi                            C
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65