Page 57 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 57

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 50




               PENDAHULUAN


               Masalah  keluarga,  masalah  ekonomi  berlaku  apabila  mereka  menghadapi  tekanan
               (distress) secara psikologi dan selalu berkait dengan persekitaran keluarga yang negatif.
               Sebaliknya,  suatu  hubungan  ibu  bapa  dan  anak  remaja  yang  penuh  mesra,  saling
               menerima dan mempunyai komunikasi positif merupakan satu halangan kepada anak
               daripada terlibat dalam tingkah laku bermasalah, vandalisme, dipresi dan risau (anxiety)


                     Di samping fungsi keluarga, institusi kaunselor sukarelawan di masyarakat dengan
               kewujudan Lembaga Kaunselor Malaysia, talian kasih 15999 serta bantuan kaunselor
               secara  sukarelawan  waktu  pandemik  COVID19  bertujuan  membantu  pembentukan
               semula hubungan institusi kekeluargaan, khasnya hubungan anak-anak remaja dengan
               ibu  bapa  atau  hubungan  keakraban  antara  suami  dan  isteri.  Dengan  kerjasama
               konsultasi  ibu  bapa  dan  ahli-ahli  keluarga  akan  menjayakan  program  dan  projek
               bimbingan  dan  kaunseling  yang  perkhidmatan  ini  ditawarkan  selama  24  jam  yang
               bertujuan  membimbing  dan  membantu  klien  khasnya  kaum  wanita  ketika  COVID19
               dalam tempoh PKP. Persoalannya setakat mana keberkesanan kaunseling online yang
               ditawarkan waktu COVID19 ini? Kajian ini merupakan suatu kertas kerja tentang tinjauan
               ke atas keperluan kaunseling online rakyat jelata  khasnya kaum wanita ketika pandemik
               tersebut.


               KAJIAN LITERATUR

               Pendekatan Teori Satir

               Teori  Satir  yang  berfokuskan  perkembangan  holistik  didapati  sesuai  untuk  keperluan
               individu  dan  keluarga.  Justeru,  pandangan  dan  teori  berasaskan  Satir  memberikan
               sumbangan yang unik kepada terapi keluarga (Nichols & Schwartz, 2001). Seterusnya,
               pandangan Kiser dan Piecy’s (2011) menerangkan anjakan perubahan secara teoritikal
               kepada sistem keluarga juga menyumbangkan usaha dalam pembentukan model dan
               teori Satir. Menurut Pittman (2009), pengasas teori keluarga Struktural, Minuchin pernah
               menimbulkan  tanda  tanya  sama  ada  kewujudan  teori  Satir  akan  mengugat  bidang
               kaunseling keluarga. Pertanyaan tersebut amat memeranjat khasnya daripada terapis
               terkenal.  Walau  bagaimanapun  Satir  melihatnya  sebagai  tanda  perkembangan  untuk
               bidang kaunseling keluarga serta perkembangan model beliau.


                       Asas  teori  Satir  berasaskan  benih  (seeds)  yang  memerlukan  perkembangan
               (growth). Satir melihat hubungan insan dan proses terapi serta perubahan tingkah laku
               sebagai tumbuhan yang memerlukan air, udara, matahari, oksigen serta baja (nutrition)
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62