Page 58 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 58
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 51
yang lain demi perkembangan yang sihat. Justeru, setiap insan atau suatu hubungan
memerlukan pencungkilan sumber tenaga dalaman yang kuat demi mencari alternatif
untuk perubahan ke arah positif. Perubahan itu mungkin sekiranya subjek dapat melihat
harapan di depan. Pemilihan berada dalam tangan setiap orang dan kita perlu
bertanggungjawab untuk diri. Persamaan antara kita untuk penerimaan dan perbezaan
itu diperlukan untuk perkembangan jiwa bersama.
Keunikan teori Satir disebabkan Virginia melihat manusia bukan melalui
peranannya (seperti ibu, anak, kaunselor dan lain-lain) tetapi secara individu. Justeru,
beliau tidak melihat perbezaan peranan tersebut ketika menjalankan penyelidikan dan
pembentukan teorinya (Satir et al., 1991). Seterusnya, keunikan Satir dapat diperhatikan
dalam banyak aspek (Britt, 2004). Beliau bukan seorang lelaki, psikiatrik atau psikologis
tetapi hanya seorang wanita dan pekerja sosial secara klinikal. Justeru, difahami
mengapa sumbangan beliau kurang dibincangkan pada komuniti psikiatrik pada masa itu
(Britt, 2004). Di samping itu, semasa bekerja dan berkhidmat di luar daripada MRI, Satir
dapat meluaskan kefahaman beliau apabila berhubungkait dengan pelbagai keluarga.
Keadaan ini menyebabkan perkembangan usaha Satir lebih pesat daripada rakan terapis
beliau (Brothers, 2000).
Demi menambahkan pengemasan teori Satir secara sistematik, pengikut beliau
John Banmen (2002, p.7) telah mendokumentasikan teori Satir serta mempromosikannya
ke tahap lebih akademik (Brothers, 2000; Satir, 1985). Baldwin (1993) mendapati kerja
Satir dan pengamalan teori beliau dalam bidang kaunseling semakin bertambah setelah
wujudnya terjemahan bahasa kepada pelbagai bahasa selain bahasa Inggeris.
PERNYATAAN MASALAH
Pandemik COVID19 datang dengan tak terjangka menjelang tahun wawasan 2020.
Seluruh dunia telah dicerobohi khasnya kesihatan, nyawa, aspek ekonomi, hak
kebebasan bergerak seseorang dan lain-lain. Malah, institusi persekolahan terpaksa
ditutup selama lebih kurang tiga, empat bulan sejak 18 Mac 2020. Bidang pekerjaan dan
ekonomi negara turut terjejas. Banyak hotel-hotel, restoran dan kedai syarikat terpaksa
gulung tikar semasa atau selepas pandemik tersebut. Ramai isi keluarga terputus punca
ekonomi atau gaji mereka. Selain daripada bantuan kewangan yang dihulurkan oleh
pihak kerajaan, pihak sukarelawan dan para kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor
perlu bertindak pada saat-saat genting ini.
Untuk menghulurkan bantuan khasnya kepada kaum wanita yang memerlukan
bantuan psikologi ketika trauma pandemik COVID19 termasuk aspek kewangan,

