Page 66 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 66
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 59
MODEL PENGLIBATAN SISWA GURU DALAM PROGRAM KESUKARELAWAN
DI IPG ZON TIMUR
1
Mohammad Rusdi Bin Ab Majid, PhD (mrusdi@ipgm.edu.my)
1 Nurhijrah Binti Zakaria, PhD (nurhijrahzakaria@gmail.com)
1 Wan Azlan Bin Wan Ismail, PhD (wanazlan@ipgm.edu.my)
1 Badrul Muin Bin Muhamad Agam, PhD (badrulmuin@ipg.edu.my)
2 Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff, PhD (shidki@ipgksm.edu.my)
2 Azman Bin Omar, PhD (azman@ipgmksm.edu.my)
3 Ahmad Sabry Bin Othman, PhD (amadsabry@yahoo.com)
3 Hj. Mohd. Shukeri Bin Hamzah, PhD (keri3058@yahoo.com)
4 Mohd Azhar Bin Ab. Rahman, PhD (mdazar2018@gmail.com)
4
4 Mohd Sahardi Bin Ismail . PhD, (Sahardi.iptaa@yahoo.com.my)
1 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu
2 IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu
3 IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
4 IPG Tengku Ampuan Afzan, Pahang
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan siswa guru dalam program
kesukarelawan di IPG Zon Timur. Pada masa yang sama kajian ini juga mencadangkan
model kesukarelawan siswa guru IPG Zon Timur. Kajian ini berbentuk tinjauan
melibatkan siswa guru semester 5 dan 7 di 4 buah IPGK di Zon Timur. Responden kajian
ini terdiri daripada 277 siswa guru daripada populasi berjumlah 774. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20 dan
PLS. Dapatan menunjukkan tahap keterlibatan kesukarelawan terhadap sikap, norma
subjektif, kemampuan kawalan tingkah laku, effikasi kendiri dan niat untuk terlibat dalam
aktiviti kesukarelawan adalah pada tahap tinggi. Terdapat hubungan positif dan signifikan
antara pembolehubah sikap, kemampuan kawalan tingkah laku, effikasi kendiri terhadap
niat untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawan. Manakala tiada hubungan signifikan bagi
norma subjektif terhadap niat untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawan. Dapatan kajian
menjelaskan efikasi kendiri merupakan penyumbang utama kepada niat untuk terlibat
dalam aktiviti kesukarelawan. Di samping itu faktor sikap dan kemampuan kawalan
tingkah laku juga merupakan penyumbang kepada niat untuk terlibat dalam aktiviti
kesukarelawan.
Kata Kunci: Kesukarelawan, Siswa Guru, Penglibatan, Gelagat Terancang, IPG

