Page 67 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 67

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 60




                                                         Abstract

               The  purpose  of  this  study  was  to  examine  the  involvement  of  student  teachers  in
               volunteering  programs  at  the  IPG  East  Zone  campus.  This  study  also  proposes  a
               Volunteer Model for East Zone IPG student teachers. Respondents of this study consisted
               of 277 from population 774 student teachers from four IPG in East Zone. The data were
               analyses using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 20 and PLS
               software. Findings show that the level of volunteer involvement in attitude, subjective
               norms, perceived behavioral control, self-efficacy and intention to engage in volunteer
               activities were high. There was a positive and significant relationship between attitude
               variables, perceived behavioral control, self-efficacy and intention to engage in volunteer
               activities. But there is no significant among the subjective norms, intention to engage in
               volunteer activities. The findings indicate that self-efficacy is a major contributor to the
               intention  to  engage  in  volunteer  activities.  In  addition,  attitude  factors  and  perceived
               behavioral control are also contributors to the intention to engage in volunteer activities.

               Keywords: Volunteer, Student Teachers, Engagement, Planned Behavior, IPG





               PENDAHULUAN


               Kesukarelawan  merupakan  antara  program  sumber  manusia  yang  penting  dalam
               kebanyakan  organisasi  untuk  menghasilkan  sesuatu  kejayaan.  Kepentingan  ini  dapat
               diperhatikan dengan kewujudan aktiviti kesukarelawan yang banyak dianjurkan samada
               di dalam atau luar negara. Aktiviti ini samada dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta,
               berkanun atau pihak-pihak lain yang berkenaan. Keadaan ini selari dengan kajian yang
               telah  dilakukan  oleh  Batson  (2002)  yang  berpandangan  semangat  kesukarelawan
               dianggap suatu nilai teras yang perlu ada bagi masyarakat moden terutamanya dalam
               kalangan generasi muda. Walaupun tugas mengurus masyarakat adalah bersandarkan
               bidang  kerja  jabatan  kerajaan,  namun  demikian  semangat  kesukarelawan  juga
               diperlukan bagi membantu masyarakat dan kerajaan agar dapat mengurangkan tekanan
               atau bebanan kepada pihak-pihak terlibat.

                       Fenomena ini dapat diperhatikan apabila hampir satu bilion orang di seluruh dunia
               terlibat dengan aktiviti sukarelawan melalui organisasi awam, badan bukan berasaskan
               keuntungan  dan  organisasi  berorientasikan  keuntungan.  Bilangan  ini  mencerminkan
               penerimaan  masyarakat  terhadap  aktiviti  kesukarelawan.  Menurut  Kemp  (2002),
               sukarelawan  adalah  pelaburan  peribadi  individu  yang  menghabiskan  masa  mereka
               dengan bebas tanpa mengharapkan ganjaran. Individu ini dapat memberikan sumbangan
               besar  kepada  ekonomi  dan  pembangunan.  Adalah  dipercayai  bahawa  sukarelawan
               membantu mengembangkan sikap yang lebih positif dan pandangan yang lebih sihat.
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72