Page 64 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 64
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 57
Teori Adlerian 2
Teori Transaksional Analisis 1
Teori Realiti 8
Teori Feminis 10
Modul Satir 18
Brief Terapi 12
Lain-lain 35
Tiada Teori digunakan 21
JUMLAH 197
PERBINCANGAN
Seramai 42 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di zon utara
Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah melaksanakan program
bantuan kaunseling online COVID19 bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dari 18 Mac sehingga 2 Mei 2020 bagi fasa pertama. Program talian kasih 15999
diteruskan bagi fasa kedua iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta
fasa ketiga iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tiga sesi iaitu pagi,
petang dan malam dengan pengoperasian 24 jam setiap hari untuk membantu khasnya
kaum wanita yang memerlukan bantuan ketika trauma pandemik COVID19 termasuk
aspek kewangan, pekerjaan, isu keluarga, anak dan lain-lain.
Bilangan kes yang agak tinggi (197 kes) agak membimbangkan. Ini menunjukkan
bahawa bantuan kaunseling online COVID19 sangat diperlukan untuk mengurangkan
kecemasan, takut, risau dan stres terhadap pandemik serta isu-isu kewangan,
pengangguran, masalah perbalahan keluarga dan anak.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kaunseling online COVID19 mendapat sambutan yang baik daripada klien sepanjang
tempoh PKP. Justeru, sesi kaunseling online perlu dilanjutkan perkhidmatannya
sepanjang tempoh pandemik ini masih berlaku. Diharapkan dengan adanya
perkhidmatan talian kasih 15999 kaunseling online dapat mengurangkan kecemasan
klien, takut, risau dan stres terhadap pandemik serta isu-isu kewangan, pengangguran,
masalah perbalahan keluarga dan anak dapat diatasi demi kesejahtera masyarakat
Malaysia.

