Page 71 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 71
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 64
Berdasarkan model di atas, elemen efikasi kendiri merupakan faktor penyumbang
utama kepada niat untuk terlibat dengan kesukarelawan. Di samping itu, faktor
kemampuan kawal tingkahlaku dan faktor sikap pula merupakan penyumbang yang
signifikan kepada niat untuk terlibat dengan sukarelawan pelajar IPGM Zon Timur.
Model struktural pula digunakan untuk menentu dan mendapatkan indeks
kesepadanan bagi model pengukuran. Melalui model struktural juga keputusan terhadap
pengujian hipotesis dapat diketahui dalam sesuatu kajian. Bagi menguji hipotesis kajian
model struktural, di peringkat awal pengkaji menilai model struktur, ia adalah penting
untuk menangani isu kolineariti. Walaupun kriteria kesahan diskriminan dipenuhi, isu
kolineariti kadang-kadang boleh mengelirukan hasil kajian. Hal ini biasanya berlaku
apabila dua pemboleh ubah yang di hipotesiskan melalui hubungan sebab dan akibat
mengukur konstruk yang sama.
Dengan kata lain, setiap set konstruk peramal perlu dinilai secara berasingan bagi
setiap subset model struktur. Menurut Diamantopoulos & Siguaw (2006) berpendapat
bahawa jika nilai VIF lebih daripada 3.3 mempunyai isu kolineariti. Manakala Hair et al.
(2014) berpendapat jika nilai VIF lebih daripada 5.0 terdapat isu kolineariti. Di dalam
kajian ini, nilai VIF yang dikaji di antara 1.810 hingga 4.455. Hal ini bermaksud model
yang dihasilkan ini tiada isu kolineariti.
Langkah yang kedua, dalam model struktural ia mengandungi laluan (path) yang
berbentuk anak panah yang membawa maksud hubungan di antara satu konstruk
dengan konstruk yang lain (hypothesized relationship) maklumat tentang nilai beta (β)
2
untuk pengujian hipotesis dan nilai R . Kekuatan nilai hubungan digambarkan dengan
2
nilai β. Chin (1998) menyatakan bahawa nilai R 0.67 adalah kuat, 0.33 adalah
sederhana, 0.19 adalah lemah. Manakala Cohen (1989) berpendapat bahawa nilai R
2
2
0.26 adalah kuat, 0.13 adalah sederhana, 0.02 adalah lemah. Nilai R adalah merujuk
kepada nilai peratusan varians dalam sesebuah model dan melambangkan kuasa
2
peramal (predictive power). Keputusan kajian dalam nilai β dan R ditunjukkan melalui
kajian ini adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1 adalah kuat.
2
Jadual 1 menunjukkan nilai R semua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah niat
menyumbang sebanyak 0.770. Hal ini bermaksud konstruk bagi semua pemboleh ubah
bebas niat mampu menjelaskan konstruk niat sebanyak 77.0 %. Berdasarkan Cohen
(1989), nilai R ini pada tahap yang kuat.
2
2
Jadual 1: Nilai R
Konstruk R
2
NS+EF+PBC+S = N 0.770

