Page 62 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 62

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 55




               Dapatan kajian mendapati seramai 197 bilangan sesi kaunseling diterima dalam tempoh
               PKP fasa pertama untuk zon utara Malaysia negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang iaitu
               antara 18 Mac sehingga 9 Mei 2020. Bilangan yang agak tinggi ini menunjukkan sesi
               kaunseling online memang amat diperlukan sewaktu pandemik COVID19 dalam tempoh
               PKP fasa satu.


               2) Berapakah bilangan sesi kaunseling online dalam tempoh PKP mengikut jantina, kaum
               dan waktu sesi?


               Jadual 4: Bilangan sesi kaunseling online dalam tempoh PKP mengikut jantina, kaum
               dan waktu sesi

                                 Jantina                         Kaum                       Waktu Sesi

                            Lelaki     Wanita       Melayu         India       Cina      Siang      Malam

                  Bil.        16         181          133           44          20         171        26
                  (%)        (8%)       (92%)        (69%)        (22%)        (9%)       (86.9)    (13.1)




               Dapatan kajian dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa bilangan wanita mendapatkan sesi
               kaunseling online adalah lebih ramai iaitu seramai 181 orang (92%) berbanding dengan
               hanya  16  orang  (8%)  lelaki.  Ini  menunjukkan  keperluan  sesi  kaunseling  online  bagi
               wanita adalah tinggi berbanding dengan kaum lelaki.


                       Dapatan juga menunjukkan dari segi kaum yang mendapatkan sesi kaunseling
               online, kaum Melayu adalah tertinggi iaitu 133 orang  (69%), diikuti  India 44 orang  (22%)
               dan Cina 20 orang (9%). Manakala dari segi waktu sesi kaunseling pula, seramai 171
               orang  (86.9%)  menjalani  sesi  kaunseling  pada  waktu  siang  dan  26  orang  (13.1%)
               menjalani sesi kaunseling online pada waktu malam.



               3) Apakah isu dan masalah utama yang diterima melalui kaunseling online ketika waktu
               PKP?

               Daripada Jadual 5, dapatan menunjukkan isu yang paling utama dibincangkan adalah isu
               bantuan  kewangan  sebanyak  67  kes.  Isu  yang  kedua  tinggi  ialah  tentang  masalah
               keluarga sebanyak 49 kes. Manakala isu pengangguran adalah di tingkat ketiga utama
               iaitu 30 kes. Isu yang paling kurang dibincangkan adalah isu kesihatan dan isu lain-lain
               masing-masing adalah sebanyak dua kes sahaja.
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67