Page 68 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 68
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 61
PENYATAAN MASALAH
Sorotan sejarah menunjukan bahawa aktiviti kesukarelawan di Malaysia muncul akibat
kebangkitan masyarakat menentang kuasa penjajah pada tahun 1940. Kemudian
kesukarelawan dengan jelas menjadi salah satu agenda yang dikemukakan dalam kertas
cadangan Dasar Belia Negara sekitar tahun 1970-an, malahan ia menjadi salah satu
agenda dalam penubuhan Majlis Belia Malaysia pada tahun 1948. Menerusi Dasar Belia
Malaysia, kesukarelawan diberi penekanan sebagai keperluan untuk melahirkan modal
insan yang berbakat dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan di semua peringkat
kehidupan. Penganjuran aktiviti kesukarelawan juga aktif dilaksanakan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelajar sekolah perlu didedahkan kepada satu
set kemahiran sosial di luar kelas yang bakal melahirkan generasi muda berkepimpinan
tinggi serta dapat menggalakkan cara pemikiran kritikal bagi menjana penyelesaian
kreatif dan inovatif.
Semangat kesukarelawan (volunteerism) bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berbilang kaum
pada masa kini sememangnya dituntut oleh negara memandangkan hal ini
mencerminkan jati diri dan semangat sebagai seorang bakal guru serta warganegara
bertanggungjawab. Pelbagai isu yang berlaku seperti bencana alam, ancaman kesihatan
persekitaran, pendidikan yang masih rendah dan nilai sosial kian terhakis sejak
kebelakangan ini jelas memerlukan kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat
khususnya kesukarelawan belia terutamanya siswa guru PISMP IPGM kerana golongan
ini merupakan populasi penduduk paling besar di Malaysia. Menyedari hakikat tersebut,
penghayatan siswa guru PISMP IPGM berbilang kaum terhadap semangat
kesukarelawan dilihat penting pada masa kini. Malah kesukarelawan di Malaysia muncul
akibat kebangkitan masyarakat menentang kuasa penjajah pada tahun 1940.
Kesukarelawan juga dengan jelas menjadi salah satu agenda yang dikemukakan
dalam kertas cadangan Dasar Belia Negara sekitar tahun 1970-an, malahan ia menjadi
salah satu agenda dalam penubuhan Majlis Belia Malaysia pada tahun 1948 (Azimi
Hamzah & Turiman Suandi, 1994). Menerusi Dasar Siswa Kebangsaan Malaysia,
kesukarelawan diberi penekanan sebagai keperluan untuk melahirkan modal insan yang
berbakat dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan di semua peringkat kehidupan.
Pada tanggal 17 Disember 1985, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah
meluluskan resolusi 40/212 yang telah menetapkan dan mengisytiharkan 5 Disember
setiap tahun disambut sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer
Day). Hari Sukarelawan Antarabangsa disambut sebagai mengiktiraf peranan yang
dimainkan oleh semua sukarelawan dalam menjayakan pelbagai program dan bantuan
kemasyarakatan di seluruh dunia.

