Page 69 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 69
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 62
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai 2 objektif utama iaitu:
1. Mengenal pasti faktor peramal yang dominan terhadap niat kesukarelawan dalam
aktiviti kesukarelawan dalam kalangan siswa guru IPG.
2. Mengkaji tahap sumbangan efikasi kendiri, norma subjektif, sikap, kemampuan
kawal tingkah laku terhadap niat kesukarelawan dalam aktiviti kesukarelawan
dalam kalangan siswa guru IPG.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai 2 soalan kajian antaranya ialah:
1. Apakah faktor peramal yang dominan terhadap niat kesukarelawan dalam aktiviti
kesukarelawan dalam kalangan siswa guru IPG?
2. Apakah tahap sumbangan efikasi kendiri, norma subjektif, sikap, kemampuan
kawal tingkah laku terhadap niat kesukarelawan dalam aktiviti kesukarelawan
dalam kalangan siswa guru IPG?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif secara tinjauan. Manakala populasi bagi
kajian ini melibatkan pelajar di 4 buah IPG Kampus di Zon Timur yang terdiri daripada
774 pelajar. Pelajar yang terlibat adalah daripada semester 5 seramai 307 orang dan
semester 7 seramai 467 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 277 orang siswa guru
terlibat sebagai responden. Instrumen kajian pula menggunakan soal selidik Volunteer
Function Inventory (VFI) oleh Clary, Snyder, Ridge, Copeland, Stukas, Haugen dan
Meine (1998) sebagai asas.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
Dapatan kajian melihat kepada apakah faktor peramal yang dominan terhadap niat
kesukarelawan dalam aktiviti siswa guru IPG dan juga apakah tahap sumbangan efikasi
kendiri, norma subjektif, sikap, kemampuan kawal tingkah laku terhadap niat
kesukarelawan dalam aktiviti kesukarelawan dalam kalangan siswa guru IPG. Bagi tujuan

