Page 72 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 72

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 65




                      Tahap signifikan sesuatu hubungan didapati dengan kaedah bootstrapping. Kajian
               ini  telah  menetapkan  500  jumlah  resampling.  Secara  umumnya,  teknik  Bootstrap
               menyediakan suatu bentuk anggaran, peluasan (spread) dan taburan pensampelan bios
               bagi  statistik  tertentu  (Henseler,  Ringle  dan  Sinkovics,  2009).  Untuk  menilai  aras
               signifikan, aspek nilai t (t-value) dilihat melalui kaedah bootstrapping dengan bilangan
               resampling yang boleh dilakukan (Chin, 1998). Rajah 2 menunjukkan kedudukan model
               niat  kesukarelawan.  Model  struktural  atau  Inner  model  ini  bertujuan  untuk  melihat
               hubungan antara konstruk dan nilai signifikan.



































                                   Rajah 2: Model Struktural dan Aras Kesignifikanan



                      Berasaskan  penjelasan  yang  dinyatakan  di  atas,  dapatan  kajian  dengan
               menggunakan  pendekatan  analisis  model  Smart  PLS  dapat  dilakukan  mengikut
               ketetapan yang telah ditetapkan. Jadual 2 menjelaskan nilai beta bersama-sama dengan
               nilai-p,  nilai-f  dan  saiz  kesan.  Rajah  2  pula  merupakan  model  struktural  PLS  yang
               memaparkan nilai beta (  ) iaitu nilai hubungan antara konstruk kajian iaitu melibatkan
               pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.

                      Dapatan  ini  menjelaskan  hubungan  antara  faktor  efikasi  kendiri  didapati
               mempunyai hubungan  yang  signifikan  serta  positif  dengan  niat  iaitu  nilai      sebanyak
               0.467,  (p  >  0.001)  dengan  kesan  saiz  yang  kecil.  Dapatan  kedua  pula  meramalkan
               hubungan  faktor  norma  subjektif  dengan  niat  didapati  tidak  mempunyai  hubungan
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77