Page 73 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 73

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 66




               dengan nilai    sebanyak 0.004, (p < 0.0941). Namun begitu faktor kemampuan kawal
               tingkah laku (PBC) mempunyai hubungan yang positif dan signifikan iaitu dengan nilai   
               sebanyak  0.242,  (p  <  0.014).  Dapatan  ini  menunjukkan  saiz  kesannya  adalah  kecil.
               Dapatan seterusnya iaitu hubungan antara sikap dengan niat adalah signifikan dengan
               nilai    sebanyak 0.214, (p > 0.001) dengan kesan saiz yang kecil.


               Jadual 2: Keputusan Pengujian Hipotesis

                                                                             2
                       Hipotesis           Nilai β        t-value            f           Keputusan

                H1  EF  > Niat             0.467          4.824           0.188        Diterima

                H2  NS > Niat              0.004          0.074           0.000        Ditolak

                H3  PBC >  Niat            0.242          2.458           0.045        Diterima

                H4  Sikap > Niat           0.217          3.348           0.067        Diterima


               Nilai  β:  *signifikan  pada  p<0.05;  **signifikan  pada  p<0.01;  ***signifikan  pada
               p<0.001

               Nota  :  EF=Efikasi-Kendiri;  N=Niat;    NS=Norma  Subjektif;  PBC=Kemampuan
               Kawal Tingkah Laku ; S=Sikap



                      Sesuatu  pemboleh ubah  terhadap  pemboleh ubah  yang lain  juga  dapat  dinilai
                                                               2
                                                                         2
               melalui penentuan saiz kesan (effect size/ ƒ ). Nilai ƒ di antara .020 dan .150 adalah
               kecil, .150 hingga .350 adalah sederhana manakala .350 ke atas adalah besar. Hasil
               dapatan  daripada  kajian  yang  telah  dijalankan  menunjukkan  semua  pemboleh  ubah
               bebas mempunyai kesan saiz yang kecil.

                      Berdasarkan  kajian  yang  telah  dijalankan,  pengkaji  mencadangkan  satu  model
               yang  berkait  rapat  dengan  kesukarelawan  siswa  guru  IPGM.  Model  ini  adalah
               berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dianalisis dan dibincangkan sesuai dengan
               literatur kajian.

                      Rajah  3  menjelaskan  tentang  model  kesukarelawan.  Model  ini  menjelaskan
               bagaimana  efikasi  kendiri  mampu  menyumbang  kepada  niat  untuk  terlibat  dengan
               kesukarelawan siswa guru. Terdapat tiga penyumbang utama kepada niat untuk terlibat
               dengan kesukarelawan siswa guru iaitu efikasi kendiri, kemampuan kawalan tingkah laku
               dan sikap. Ketiga-tiga faktor ini perlu diberi penekanan yang serius oleh setiap siswa guru
               IPGM di Malaysia untuk mewujudkan budaya kesukarelawan yang baik.
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78