Page 74 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 74

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 67





































                             Rajah 3: Model Kesukarelawan Siswa Guru IPGM di Malaysia


                       Model ini secara keseluruhan menjelaskan bahawa siswa guru IPGM di Malaysia
               perlu mempertingkatkan penguasaan dalam empat faktor seperti yang dinyatakan di atas.
               Pada masa yang sama penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada elemen efikasi
               kendiri sebagai penyumbang utama kepada niat untuk terlibat dengan kesukarelawan.
               Penguasaan yang baik terhadap efikasi kendiri dan dua elemen lain mampu memastikan
               semangat  kesukarelawan  yang  dijalankan  lebih  bersifat  kreatif  dan  pastinya  akan
               memberi impak yang positif kepada pembinaan siswa guru yang cemerlang.

                       Rumusannya,  dalam  konteks  isu  siswa  guru  IPGM  terhadap  kesukarelawan,
               terdapat  3  faktor  utama  yang  menyumbang  kepada  niat  untuk  terlibat  dalam  aktiviti
               kesukarelawan.  Faktor  tersebut  ialah  efikasi  kendiri,  faktor  kemampuan  kawal
               tingkahlaku dan faktor sikap merupakan faktor penyumbang utama kepada niat untuk
               terlibat dengan kesukarelawan. Di samping itu, faktor norma subjektif pula merupakan
               faktor tunggal yang tidak menyumbang kepada niat untuk terlibat dengan kesukarelawan.

                      Kajian ini telah membincangkan tentang konsep program kesukarelawan siswa
               guru  IPG  Zon  Timur.  Kesukarelawan  merupakan  satu  program  yang  dimaksudkan
               sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, niat
               yang  ikhlas  dengan  tidak  mengharapkan  apa-apa  pulangan  kepada  diri  sendiri.
               Kesukarelawan merupakan sumber manusia yang penting dalam kebanyakan organisasi
               untuk  menghasilkan  sesuatu  kejayaan.  Kepentingan  ini  dapat  diperhatikan  dengan
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79