Page 75 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 75

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 68




               kewujudan aktiviti kesukarelawan yang banyak dianjurkan sama ada di dalam atau luar
               negara. Aktiviti ini dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta, berkanun dan lain-lain.

                      Dapatan  ini  selari  dengan  Batson  (2002)  yang  berpandangan  semangat
               kesukarelawan  dianggap  suatu  nilai  teras  yang  perlu  ada  bagi  masyarakat  moden
               terutamanya  dalam  kalangan  generasi  muda.  Walaupun  tugas  mengurus  masyarakat
               adalah  bersandarkan  bidang  kerja  jabatan  kerajaan,  namun  demikian  semangat
               kesukarelawan  juga  diperlukan  bagi  membantu  masyarakat  dan  kerajaan  agar  dapat
               mengurangkan tekanan atau bebanan kepada pihak-pihak terlibat.



               KESIMPULAN

               Kesimpulannya, kajian ini telah dapat mengenal pasti dan meneroka isu kesukarelawan
               siswa guru IPGM di Malaysia dengan fokus kepada empat pemboleh ubah iaitu efikasi
               kendiri, kemampuan kawalan tingkah laku, norma subjektif dan sikap terhadap niat untuk
               melibatkan dalam kesukarelawan. Kajian ini mendapati tiga elemen penyumbang utama
               iaitu efikasi kendiri, kemampuan kawalan tingkah laku dan sikap merupakan penyumbang
               utama  kepada  keterlibatan  siswa  guru  dalam  aktiviti  kesukarelawan.  Sehubungan
               dengan itu kajian ini mampu memberi impak positif kepada siswa guru IPGM khususnya
               bagi memperkasakan penglibatan mereka dalam aktiviti kesukarelawan.

                       Penekanan  terhadap  efikasi  kendiri,  kemampuan  mengawal  tingkah  laku  dan
               sikap perlu diberi perhatian yang serius bagi memastikan proses keterlibatan siswa guru
               dalam aktiviti kesukarelawan mampu diperkasakan. Proses yang berterusan ini mampu
               memberi impak terutamanya dalam menghasilkan pelajar IPGM yang cemerlang dalam
               semua saspek.



               Rujukan

               Azimi  Hamzah  &  Turiman  Suandi.  (1994).  Pendidikan  berterusan.  Majalah
                       Pengembangan, 17(2).

               Bang, H., & Ross, S. (2009). Volunteer motivation and satisfaction. Journal of Venue and
                       Event.Management, 1(1), 61-77.

               Batson, C. D., Ahmad, N. & Tsang, T. (2002). Four Motives for Community Involvement.
                       Journal of Social Issues, 58(3), 429-445.
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80