Page 77 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 77

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 70




                       KAJIAN CASE BASE LEARNING (CBL) SIKAP DAN MASALAH GURU
                    MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEKOLAH JENIS
                                             KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)

                                1 Norashikin binti Jasmon (norashikinjasmon@gmail.com)

                                       1 IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat


                                                        ABSTRAK

               Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap dan masalah yang guru-guru hadapi dalam
               melaksanakan  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  di  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Tamil
               (SJKT) Seri Pelangi, Batu Pahat yang merupakan sebuah sekolah yang berada di bawah
               Program  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25).  PBD merupakan  satu  pentaksiran  yang
               bersifat  holistik,  iaitu  menilai  aspek  kognitif  (intelek),  afektif  (emosi  dan  rohani)  dan
               psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
               Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 11 orang guru di sekolah tersebut telah
               dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik.
               Data  dianalisis  dengan  menggunakan  statistik  deskriptif  dan  statistik  inferensi
               menggunakan perisian Excel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah
               ini  mempunyai  sikap  yang  sangat  positif  di  samping  dapat  mengatasi  masalah  yang
               dihadapi  berdasarkan  skor  min  dan  peratus  iaitu  sikap  (2.75  =  91.82%)  dan  tahap
               masalah  (2.13  =  70.91%).  Implikasi  kajian  ini  telah  menunjukkan  dapatan  peratusan
               tahap  masalah  yang  lebih  rendah  daripada  peratusan  sikap  guru-guru  dalam
               melaksanakan PBD di sekolah ini adalah sangat baik dan dapat menyelesaikan segala
               masalah yang berkaitan dengan jayanya.

               Kata kunci: Pentaksiran, PBD, Program Transformasi Sekolah 2025




                                                         Abstract

               This study aims to examine the attitudes and problems faced by teachers in implementing
               classroom assessment (PBD) in Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Seri Pelangi,
               Batu Pahat which is a school under the School Transformation Program 2025 (TS25).
               PBD  is  a  holistic  assessment,  which  assesses  the  cognitive  (intellectual),  affective
               (emotional  and  spiritual)  and  psychomotor  (physical)  aspects  in  line  with  the  Primary
               School Standard Curriculum (KSSR) and the National Philosophy of Education (FPK). A
               total of 11 teachers in the school have been surveyed. The research instrument used was
               a questionnaire. Data were analysed using descriptive statistics and inferential statistics
               using Excel software. The findings of the study show that the teachers in this school have
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82