Page 78 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 78

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 71




               a very positive attitude in addition to being able to overcome the problems faced based
               on the mean score and percentage of attitude (2.75 = 91.82%) and the level of problems
               (2.13 = 70.91%). The implications of this study have shown that the findings of a lower
               percentage of problem levels than the percentage of teachers' attitudes in implementing
               PBD in this school is incredibly good and can solve all problems related to its success.

               Keywords: Assessment, PBD, School Transformation Program 2025



               PENGENALAN


               Program  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25)  telah  dijalankan  oleh  Kementerian
               Pendidikan Malaysia (KPM) ke atas beberapa buah sekolah yang terlibat dan dibimbing
               oleh Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) terpilih. Rakan ELIT
               (RE) yang membimbing adalah terdiri daripada para pensyarah dari Institut Pendidikan
               Guru (IPG) dan bekerjasama dengan Jurulatih Pakar Pembangunan sekolah atau School
               Improvement Specialist Coaches (SISC+) dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang
               berhampiran.  Melalui  bimbingan  dan  program  TS25  ini  diharapkan  sekolah-sekolah
               berupaya  mengaplikasikan  amalan  terbaik  dalam  pelaksanaan  pengurusan  dan
               kepimpinan  serta  pedagogi  dalam pembelajaran  dan  pengajaran  (PdP) selari  dengan
               hasrat  yang  terkandung  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)
               2013-2025.

                       Salah satu elemen penting bagi menjayakan program TS25 ini berjaya dan dapat
               mencapai  hasrat  negara  ialah  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD).  KPM  telah
               memperkenalkan PBD selaras dengan perubahan dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan
               Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2018 untuk sekolah rendah.  Guru perlulah melakukan
               penilaian secara menyeluruh dari aspek penilaian kognitif (intelek), psikomotor (jasmani),
               afektif (emosi dan rohani), sosial, dan seiring dengan kandungan  Falsafah  Pendidikan
               Kebangsaan yang menekankan keseimbangan dari aspek fizikal, mental dan kerohanian
               (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).

                       PBD merupakan satu pentaksiran yang lebih komprehensif, benar, mempunyai
               kepercayaan dan bersesuaian bagi mengenal pasti tahap kebolehan dan penguasaan
               murid. Bagi mendapatkan maklumat hasil pembelajaran murid, guru boleh menggunakan
               proses  pengukuran,  penilaian  dan  pentaksiran  (Jamil,  2008).  Manakala,  Ibrahim  dan
               Reduan  (2002)  menyatakan  bahawa  pentaksiran  yang  mantap  dan  berkesan  dapat
               menolong guru mengenal pasti tahap pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran
               guru itu sendiri.

                       PBD  di  sekolah  rendah  telah  bermula  pada  tahun  2018  dengan  pemansuhan
               amalan  peperiksaan  pertengahan  dan  akhir  tahun  bagi  murid-murid  Tahap  1.  Ini
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83