Page 79 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 79

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 72




               bermakna  PBD  lebih  bersifat  autentik  dan  holistik  serta  lebih  berfokus  kepada
               perkembangan  dan  pembelajaran  murid,  seterusnya  tidak  lagi  berorientasikan
               peperiksaan (KPM, 2018).

                       Seiring dengan perkembangan dan anjuran program yang dilancarkan oleh KPM
               dalam TS25, sememangnya guru memainkan peranan yang penting dalam PBD. Gurulah
               insan yang bertanggung jawab untuk memberikan tumpuan terhadap PdP yang dapat
               lebih kepada membina karakter dan sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian (KPM,
               2018). Guru-guru ini dibantu oleh Rakan ELIT yang terlibat dengan program transformasi
               sekolah kohort 1 hingga kohort 5 dan telah melaksanakan program ini. Guru-guru perlu
               melakukan pentaksiran dan melaksanakan PBD dengan  mentadbir, menilai,  memberi
               skor  dan  merekodkan pencapaian  keseluruhan  murid  di  peringkat sekolah (Zamri et
               al. 2010).

                       Dalam Program TS25, guru-guru perlu melaksanakan pedagogi yang berimpak
               dan  bermakna  kepada  pembelajaran  murid.  Murid  adalah  pemburu  ilmu  yang  akan
               meneroka  pembelajarannya  daripada  guru  yang  mengamalkan  pedagogi  terkini.
               Pedagogi  yang  menjadi  amalan  terbaik  guru  perlu  dijana  bagi  mencorakkan
               pembelajaran  kendiri  murid,  menggalakkan  pembelajaran  kolaboratif,  cekap
               berkomunikasi,  serta  berfikir  secara  kritis  dan  kreatif.  Inilah  antara  konsep  dan
               pendekatan yang diberikan penekanan dalam TS25 yang dianggap bertepatan dan selari
               dengan  penerapan  Enam  Aspirasi  Murid  dalam  PPPM  2013-2025,  iaitu  memupuk
               pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan
               kerohanian serta identiti nasional.


                       Terdapat dua jenis pentaksiran PBD, iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan
               pentaksiran  sebagai  pembelajaran  yang  diperkenalkan  oleh  KPM.  Justeru,  kajian  ini
               bertujuan  untuk  mengetahui  tahap  pelaksanaan  dari  aspek  sikap  dan  berhadapan
               dengan masalah  yang  dihadapi oleh  guru-guru  di sekolah  ini.  Kajian  pelaksanaan  ini
               meninjau  dari  segi  yang  lebih  berfokus  kepada  sikap  guru  dan menghadapi masalah
               semasa melaksanakan PBD.



               PENYATAAN MASALAH

               Guru memainkan peranan yang penting untuk menentukan dasar dan matlamat KSSR
               berjaya (KPM, 2015). Guru juga merupakan kumpulan yang akan mengupayakan proses
               PdP yang berkesan (KPM, 2018). Salah satu aspek yang ditekankan dalam KSSR ialah
               corak  pentaksiran  di  peringkat  sekolah.    Boon  dan  Shaharuddin  (2011)  menyatakan
               bahawa, semasa proses PdP berlangsung, pentaksiran hendaklah bersesuaian dengan
               pencapaian atau pemahaman murid untuk memberikan maklumat hasil pembelajaran.
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84