Page 80 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 80

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 73




               Memandangkan sekolah ini adalah sekolah yang terpilih sebagai sekolah yang menyertai
               Program  TS25  maka  pelaksanaan  PBD  telah  dilakukan  sepenuhnya  dalam  konteks
               KSSR terhadap murid-murid Tahap 1 sekolah rendah.

                       Untuk itu, kajian kes ini dilaksanakan terhadap sejauh manakah isu pelaksanaan
               PBD di sekolah rendah tercapai dengan sempurnanya dari aspek sikap guru memberikan
               PBD  dan  menghadapi  masalah  yang  timbul  sepanjang  PBD  dijalankan.  Berdasarkan
               kajian  yang  telah  dijalankan  oleh  Aniza  dan  Zamri  (2015),  pelaksanaan  pentaksiran
               berasaskan  sekolah  (PBS)  guru  Bahasa  Melayu,  aspek  kemahiran  guru  merupakan
               faktor  utama  bagi  memastikan  pelaksanaannya  dapat  dijalankan  dengan  lancar.
               Manakala, kajian lain yang dijalankan oleh Zamri et al. (2010) dan  Aniza Ahmad dan
               Zamri Mahamod (2015) membuktikan PBS masih memberi kesan kepada beban tugas
               guru.  Justeru,  langkah  KPM  memperkenalkan  PBD  pada  tahun  2018  untuk  sekolah
               rendah  adalah  langkah  yang  tepat  bagi  mengurangkan  beban  tugas  guru  dalam
               melaksanakan PBD. Sejajar dengan itu Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
               Darjah  (KPM,  2018)  yang  digunakan  oleh  guru-guru  banyak  membantu  dalam
               merancang dan merangka kaedah terbaik membuat pentaksiran murid.

                       Jika dilihat dari aspek kajian kes kepada aspek sikap dan menghadapi masalah
               dalam pelaksanaan atau semasa pentaksiran dilakukan, kajian seperti ini belum pernah
               dilakukan. Kajian tentang pentaksiran lebih banyak dijalankan untuk PBS dan bukan PBD
               (Zamri Mahamod & Muhd Rahimi Mohd Yusoff, 2010). Sehubungan itu, kajian ini dibuat
               untuk meninjau sikap guru-guru yang melaksanakan PBD di sekolah yang terlibat dengan
               Program TS25 dan tahap kesediaan berhadapan dengan masalah yang timbul semasa
               pelaksanaan PBD dibuat.




               OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif  kajian  ini adalah  untuk  mengenal pasti  tahap  pelaksanaan  PBD guru-guru  di
               sekolah tumpuan. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:

                   1.  Mengenal  pasti  tahap  keterlibatan  sikap  positif  guru-guru  di  sekolah  ini  dalam
                       melaksanakan PBD.
                   2.  Mengenal pasti tahap menghadapi masalah yang dilalui oleh guru-guru di sekolah
                       ini dalam melaksanakan PBD.
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85