Page 94 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 94
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 87
diagram, foto, animasi atau video. Menurut Mayer juga, media adalah peranti berasaskan
komputer seperti komputer desktop, komputer riba, tablet, telefon pintar, atau realiti
maya.
Melalui penelitian hasil kajian-kajian lepas, pelajar yang mengikuti pembelajaran
dalam talian adalah untuk memenuhi keperluan semasa, menerima tugasan daripada
pensyarah, sifat ingin tahu, mencuba sesuatu yang baharu, dan bersosial dengan
masyarakat. Menurut Waheed dan Hussain (2010), ciri-ciri seorang pensyarah boleh
menyumbang terhadap penerimaan e-pembelajaran dan memberi kepuasan kepada
pelajar. Menurut mereka lagi, kejayaan pelaksanaan sistem e-pembelajaran turut
bergantung kepada sikap pensyarah terhadap e-pembelajaran. Peranan pensyarah
dalam mengendalikan e-pembelajaran, penyebaran maklumat, gaya pengajaran,
penyediaan maklumat dan kandungan yang relevan, dan berkualiti dilihat mampu
memberi kepuasan dan mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan
pelajar.
Kemajuan teknologi menjadikan pembelajaran dalam talian sememangnya lebih
fleksibel penggunaannya. Tambahan lagi, bahan pembelajaran dalam talian lebih mudah
untuk diakses walau di mana sahaja berada tanpa mengira waktu dan sempadan.
Kesediaan para pendidik mendepani teknologi sebagai satu keperluan membolehkan
pelajar belajar di mana-mana sahaja, pada bila-bila dan tanpa batas sempadan waktu.
Secara tidak langsung peranan teknologi dan komunikasi tidak lagi mengharapkan
pembelajaran konvensional semata-mata. Perkembangan teknologi ini telah
menyumbang kepada perubahan dan penambahbaikan dalam kaedah pembelajaran
melalui aplikasi teori-teori pembelajaran yang bersesuaian (Juhazren Junaidi & Madihah
Jailani, 2010). Hal ini menjadikan bidang pendidikan semakin terkehadapan dan
menuntut warga pendidik untuk menguasai kemahiran teknologi terkini sebagai satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Perkembangan ini turut memberi
implikasi terhadap kaedah pembelajaran seperti Pembelajaran Teradun (blended
learning) atau pembelajaran berbalik (flipped learning) yang dapat dicapai melalui
penggunaan landasan pembelajaran seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning
Management System - LMS) serta pelantar kursus dalam talian secara terbuka seperti
Massive Open Online Course (MOOC).
Kemampuan teknologi dari aspek penggunaan multimedia seperti grafik, visual,
audio dan video menjadikan teknologi ini lebih menarik. Ini menjadi pembelajaran dalam
talian semakin mudah digunakan, bersesuaian dengan perkembangan era global dan era
digital informasi. Menurut Maslin, Amran Syahmi & Suzaitul Akmawani (2016)
pelaksanaan pembelajaran mobile (m-learning) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
menunjukkan pelaksanaan m-learning memberi kesan yang positif, justeru adalah sesuai
untuk dilaksana dan diaplikasikan di institusi pendidikan. Seterusnya, Hazlina Halim,

