Page 93 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 93

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 86




                       Dalam  konteks  pendidikan,  sekolah  dan  institut  pendidikan  tinggi  (IPT)  turut
               mengubah  kaedah  pelaksanaan  pendidikan  kepada  dalam  talian  sepenuhnya.
               Pembelajaran  dalam  talian  ini  sebenarnya  mampu  menghasilkan  seseorang  yang
               mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (Life-Long Learning). Pengajaran
               secara bersemuka dalam bilik darjah telah beralih kepada pembelajaran secara maya.
               Secara  tidak  langsung,  populariti  penggunaan  aplikasi  dalam  talian  terus  meningkat
               setiap hari. Pelbagai institusi dan ahli akademik terutamanya daripada pelbagai pakar
               bidang  memilih  pengajaran  alternatif  untuk  meneruskan  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran.  Kelangsungan  ini  perlu  bagi  memastikan  proses  pendidikan  dapat
               diteruskan  walaupun  dunia  berhadapan  dengan  situasi  yang  mengancam  kehidupan.
               Tambahan lagi, elemen yang terkandung dalam pembelajaran dalam talian lebih fleksibel
               dan interaktif.  Malah, pada masa yang sama pengajaran alternatif turut menyumbang
               keterujaan  penggunaan  teknologi,  di  samping  ianya  dapat  memberi  manfaat  kepada
               pelajar. Ini menjadikan kaedah pembelajaran dalam talian sebagai satu alternatif dan
               menjadikannya satu kelebihan apabila ciri-ciri keterbukaan itu dapat menarik penglibatan
               lebih ramai pelajar.

                       Melalui  pendekatan  cybergogi,  pembelajaran  segerak,  pembelajaran  tidak
               segerak  dan  secara  dalam  talian  boleh  berlaku  pada  bila-bila  masa.  Cybergogi
               menawarkan lebih daripada satu saluran dan boleh dipelbagaikan mengikut keperluan
               pelajar  dan  kesediaan  semua  pihak  yang  terbabit.  Hal  ini  menjadikan  kemudahan
               teknologi sebagai satu medium pembelajaran alternatif yang lebih fleksibel. Aspek utama
               yang ditekankan ketika pembelajaran dalam talian adalah pengajaran bersemuka melalui
               video,  pembentangan,  perbincangan  dan  pencarian  maklumat.  Selain  itu,  turut
               disediakan  bahan-bahan  pembelajaran  yang  bersesuaian  mengikut  keperluan  pelajar
               serta memenuhi keperluan kursus. Seterusnya, Covid-19 telah berjaya membuka mata
               para  pendidik  melakukan  transformasi  melalui  pendidikan  yang  lebih  fleksibel  dan
               dinamik.



               SOROTAN LITERATUR

               Online  learning  atau  pembelajaran  dalam  talian  merupakan  satu  pendekatan  yang
               baharu yang dikenali sebagai cybergogi diguna secara meluas. Ianya sebagai sistem
               maklumat  dan  sistem  pangkalan  data  untuk  mengurus,  menyampaikan  kandungan,
               interaksi  atau  pemudahcara  serta  dapat  mengendalikan  aktiviti  pengajaran  dan
               pembelajaran  yang  terkini  pada  abad  ke-21.  Ruang  forum  dan  perbincangan  yang
               disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk mendapatkan pelbagai
               sumber  maklumat,  rujukan,  pertukaran  dan  perkongsian  ilmu,  dan  juga  jalan
               penyelesaian. Menurut Mayer (2018), pembelajaran dalam talian berkait dengan bahan
               yang digunakan, sama ada dalam bentuk lisan atau cetak yang mengandungi ilustrasi,
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98