Page 92 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 92

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 85




               online learning readiness among students and lecturers IPG Islamic Education Campus
               can be improved for next time.

               Keywords: Online Learning, Readiness, Attitude, Skill, Knowledge


               PENGENALAN

               Perkembangan  pesat  teknologi  pada  masa  kini  dilihat  memberi  impak  yang  amat
               berkesan kepada seluruh sistem kehidupan manusia.  Kemajuan teknologi  ini  bukan
               sahaja    memudahkan    proses    sesuatu    sistem     malah  dapat  meningkatkan    kualiti
               kehidupan, bahkan  ia  mempercepatkan proses kerja seharian masyarakat. Di samping
               itu, penggunaan  teknologi  juga  dilihat  lebih menarik dan efisien.  Melalui kemajuan
               teknologi ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius terhadap teknologi dan
               dikaitkan kepada pelbagai bidang. Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah bidang
               pendidikan, yang mana para tenaga pendidik mula menekankan penggunaan teknologi
               dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  di  pelbagai  peringkat  pengajian.
               Pengaplikasian pembelajaran dalam talian merupakan salah satu medium yang berkesan
               bagi sesebuah institusi pengajian ke arah mencapai matlamat menyediakan kemudahan
               pembelajaran yang kondusif. Sekaligus, usaha ini mampu mencapai dasar pembelajaran
               berkualiti dan menepati kehendak pendidikan masa kini. Menurut Mehmet Baris Horzum,
               Zeliha  Demir  Kaymak  dan  Ozlem  Canan  Gungoren  (2015:767)  dengan  penggunaan
               pembelajaran  dalam  talian  dapat  meningkatkan  motivasi  dan  penguasaan  akademik
               pelajar.


                       Keperluan teknologi turut menjadi elemen penting ketika krisis wabak COVID-19
               yang  melanda  di  Malaysia.  Pandemik  ini  telah  mengundang  pelbagai  perubahan
               terhadap masyarakat. Perubahan ini merangkumi seluruh kehidupan, termasuklah sistem
               pendidikan. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan
               pembelajaran  dan  pengajaran  secara  konvensional  tertangguh,  malah  menjadikan
               tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma
               kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses PdP dilaksanakan secara
               dalam  talian  (Berita  Harian,  16  Mei,  2020).  Sedikit  sebanyak,  corak  pengajaran  dan
               pembelajaran turut terkesan semasa pandemik COVID-19. Justeru itu, secara automatik
               pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap kehidupan manusia pada hari ini. Bermula
               dari  Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP)  hingga  Perintah  Kawalan  Pergerakan
               Permulihan (PKPP) dan seterusnya, seluruh norma kehidupan telah berubah.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97