Page 25 - LAPORAN PEO.pdf
P. 25

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                      Graduan  PISMP yang memasuki bidang pendidikan diharap boleh memainkan
                peranan yang penting  dalam melaksanakan  dan mencari penyelesaian secara praktikal
                kepada pihak sekolah ke arah yang lebih efisien. Dalam aspek praktikal, kajian ini diharap
                akan dapat memberikan maklumat yang berharga kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti
                IPGM yang sentiasa mengharapkan  graduan  yang berkemahiran  dan  berpengetahuan
                manakala kepada pihak  pembuat dasar kurikulum PPISMP iaitu IPGM, Kementerian
                Pelajaran Malaysia (KPM) ianya akan dapat meningkatkan nilai (value) institusi IPG kepada
                yang lebih baik. Kajian ini juga dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada graduan
                terhadap kepentingan menguasai elemen PEO dalam amalan profesional mereka.

                1.9    Batasan Kajian

                Kajian ini dijalankan  hanya kepada seluruh  guru lepasan  Program Ijazah  Sarjana Muda
                Pendidikan (PISMP) keluaran 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia yang telah
                mendapat penempatan di sekolah pada tahun 2011 hingga 2013.  Data diperoleh melalui
                borang soal selidik secara dalam talian bermula pada 10 April 2016 hingga 30 April 2016.
                Seramai 939 orang responden yang terdiri daripada guru lepasan PISMP dari 27 IPG telah
                menjawab soal selidik yang telah dimuat naik.
                1.10 Definisi Operasional

                Kajian ini mempunyai pelbagai istilah yang mungkin menyebabkan pembaca melihat dari
                persepsi  yang berbeza.  Definisi dalam kajian ini menjelaskan maksud  dan istilah secara
                khusus adalah seperti berikut:
                1.10.1 Penilaian

                Penilaian merupakan suatu kemestian bagi sesebuah organisasi untuk melihat kebaikan dan
                kelemahan sesuatu program yang dilaksanakan (Kamaruzaman Moidunny, 2015). Menurut
                Spaulding (2014), penilaian adalah proses yang bersistematik untuk mengumpul data bagi
                mengenal pasti set objektif telah dipenuhi. Proses ini dilakukan untuk mengenal pasti nilai dan
                merit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2 di bawah.

                                                                     Adakah Program
                            Kriteria
                                                 PROGRAM             Memenuhi Kriteria
                           Penilaian
                                                                        Penilaian?

                                     Rajah 1.2: Mengenal Pasti Nilai dan Merit
                              Sumber: Program Evaluation in Practice (Spaulding, 2014)






                                                     9
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30