Page 27 - LAPORAN PEO.pdf
P. 27

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                                                   BAB 2


                                           TINJAUAN LITERATUR


                2.1   Pengenalan

                Bahagian ini membincangkan penulisan dan penyelidikan yang berkaitan dengan kajian yang
                dijalankan. Antara aspek-aspek yang dibincangkan ialah enam konstruk Objektif Pendidikan
                Program atau Programme Educational Objectives (PEO), sorotan kajian, teori dan model.

                2.2    Teori dan Model Kajian

                Bahagian ini akan membincangkan teori-teori dan model-model kajian yang digunakan. Teori-
                teori dan model-model kajian digunakan bagi memberikan garis panduan tentang pemboleh
                ubah yang dikaji untuk digunakan kajian ini.

                2.2.1  Model Penilaian Tyler (1950)

                 Model  Penilaian Tyler (1950) merupakan salah satu model penilaian terawal yang
                berasaskan matlamat suatu program atau aktiviti. Model ini dikemukakan oleh Ralph W. Tyler
                berdasarkan kerja-kerja beliau pada tahun-tahun 1930-an dan 1940-an. Beliau mempercayai
                bahawa langkah terawal dalam penilaian adalah dengan menentukan kejelasan program atau
                matlamat aktiviti. Bagi beliau, penilaian akan menentukan sejauh mana matlamat tersebut
                tercapai.

                      Tyler mengesyorkan langkah-langkah berikut semasa membuat penilaian (Tyler 1950)
                iaitu (1) Menentukan matlamat utama atau objektif program, (2) Mengelaskan atau menyusun
                matlamat atau  objektif program, (3) Mentakrifkan matlamat atau objektif program  dalam
                bentuk yang boleh dipantau, (4) Mencari situasi yang dapat menunjukkan pencapaian objektif
                program, (5) Membina atau memilih teknik-teknik pengukuran, (6) Mengutip data pencapaian
                dan (7) Membandingkan data  pencapaian dengan objektif yang  telah dinyatakan. Dalam
                proses penilaian ini, jurang antara data pencapaian dan objektif ditentukan, dan ubah suaian
                program boleh  dibuat untuk meningkatkan keberkesanannya. Selepas ubah suaian
                dilaksanakan, proses penilaian boleh diulangi.

                      Model Penilaian Tyler ini merupakan model yang ringkas, senang  diikuti, mudah
                difahami dan menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung. Model ini juga dapat
                menentukan  arah atau hala  tuju organisasi, membuat pengesahan tentang tahap


                                                     11
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32