Page 26 - LAPORAN PEO.pdf
P. 26

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                1.10.2 Objektif Pendidikan Program (PEO)

                Kajian ini berdasarkan panduan dari Pusat Pembangunan Akademik (2017), PEO adalah pernyataan
                yang menjelaskan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program
                akademik setelah berada di alam pekerjaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Program ini mempunyai
                enam (6) PEO yang perlu dicapai oleh setiap graduan seperti berikut:

                      i. PEO 1   Berpengetahuan (PLO1)  dan berkemahiran praktikal (PLO2) dalam bidang
                                keguruan selaras dengan kehendak organisasi dan pelanggan.

                      ii. PEO 2   Menjana penyelesaian masalah (PLO3) dalam bidang keguruan melalui

                                pendekatan saintifik (LO3) secara inovatif, kreatif dan beretika (PLO8).

                      iii. PEO 3   Berkomunikasi (PLO4) secara berkesan dengan memartabatkan Bahasa Melayu
                                sebagai bahasa ilmu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

                      iv. PEO 4   Berupaya mencari dan  mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai
                                sumber (PLO6).

                      v. PEO 5   Mempamerkan kemahiran keusahawanan, pengurusan (PLO7) dan menyedari
                                keperluan pembelajaran sepanjang hayat (PLO6) untuk pembangunan kerjaya.

                      vi. PEO 6   Memiliki nilai dan sikap profesionalisme (PLO8), ciri-ciri kepimpinan (PLO9),
                                berkemahiran sosial, bertanggungjawab dan  mampu melaksanakan  kerja
                                berpasukan (PLO5).


                1.11 Rumusan

                Dalam bahagian ini, penyelidik  telah menghuraikan  asas kajian ini  untuk mengenal  pasti
                tahap kebolehan dan keupayaan graduan PISMP IPG dalam mengamalkan elemen PEO.
                Matlamat program PISMP adalah bertujuan melahirkan bakal guru yang bertanggungjawab
                berdasarkan kurikulum yang holistik bagi memenuhi keperluan pelanggan iaitu sekolah. Bab
                ini menghuraikan konsep-konsep PEO dan amalan guru baharu berasaskan elemen PEO.
                Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehan dan tahap keupayaan
                graduan PISMP IPG terhadap amalan mereka berdasarkan elemen PEO selepas tiga tahun
                mengajar sebagai guru baharu.









                                                     10
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31