Page 29 - LAPORAN PEO.pdf
P. 29
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
2.2.3 Model Logik Kellog (2014)
Model Logik merupakan alat bagi teori program dan juga merupakan satu gambaran yang
jelas dan sistematik yang membolehkan pengkaji memahami perhubungan di antara sumber
yang digunakan untuk menjalankan program, aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan
perubahan atau hasil yang diharapkan (Ura Pin@Chum, Norasmah Othman, & Jamil Ahmad,
2012). Teori program yang digambarkan dalam Model Logik membantu dalam memahami
rasional program dan hubungan antara sumber program, aktiviti dan hasil yang diharapkan
(Donaldson, 2005; Sharpe & Bay, 2011; W.K. Kellogg Foundation, 2004; Weiss, 1998).
Menurut American Evaluation Association (2004), penilaian berasaskan teori program adalah
satu bentuk penilaian yang bersistematik dan dilaksanakan berdasarkan bukti yang kukuh
(evidence based). Model Logik terdiri daripada komponen Input atau Sumber, Aktiviti, Output
dan Outcome (hasil jangka pendek dan hasil jangka panjang) dan Impak seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 1.1.
Rajah 2.1: Komponen dalam Model Logik.
Sumber: W.K. Kellogg Foundation (2004)
2.3 Justifikasi Pemilihan Model Logik Kellog (2004)
Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kepada outcome yang mana pengkaji melihat
hasil perubahan setelah beberapa tahun program PISMP berjalan. Model Logik merupakan
perwakilan grafik sesuatu program dengan menunjukkan hubungan antara apa yang
dilaburkan dan keputusan yang diperoleh. Model Logik juga menyediakan kepada pihak
berkepentingan akan gambaran visual dengan menunjukkan kelemahan dan kekuatan
program (Mccannon Humphrey, 2011).
13

