Page 30 - LAPORAN PEO.pdf
P. 30
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
Model Logik amat sesuai digunakan untuk menilai sesuatu program. Menurut Ellen
Taylor dan Ellen Henert dalam “Developing a Logic Model: Teaching and Training Guide”,
tidak ada satu atau "paling tepat" untuk membangunkan Model Logik. Ia semua bergantung
kepada tujuan dan bagaimana hendak menggunakan Model Logik sama ada untuk
perancangan, pelaksanaan, penilaian, atau komunikasi. Ini kerana Model Logik digunakan
berdasarkan kepada konteks dan sumber yang diperoleh (Taylor-Powell & Henert, 2008).
Tambahan lagi, Model Logik menawarkan kepada para penyelidik satu struktur penilaian yang
menggabungkan aplikasi teori sistem untuk mereka berfikir tentang program pendidikan.
Pendekatan ini adalah berasaskan andaian bahawa hubungan antara pelaksanaan program
pendidikan dan hasil yang dikehendaki dapat difahami dengan jelas (Frye & Hemmer, 2012).
Model Logik juga membantu pengkaji kerana pengkaji menjadikan sebagai templet
atau pelan induk yang dapat menunjukkan hubungan di antara input, aktiviti, output dan
outcome (Spaulding, 2014). Selain itu Model Logik memberi panduan kepada pengkaji untuk
mengenal pasti soalan penilaian agar dapat ditentukan sebaiknya (Lawton, Brandon,
Cicchinelli, & Kekahio, 2014). Model Logik menjelaskan dalam tempoh pelaksanaan program
antara satu hingga tiga tahun (jangka pendek) dan empat hingga enam tahun (jangka
panjang), aktiviti yang dirancang akan mencapai tahap yang diinginkan dan peserta yang
terlibat akan memperoleh manfaat yang sewajarnya. Seterusnya dalam jangka masa panjang
antara tujuh hingga sepuluh tahun, jika manfaat kepada peserta dapat dicapai, maka
perubahan tertentu kepada organisasi atau sistem dijangka akan berlaku.
2.4 Kajian Lepas Dalam dan Luar Negara
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji
lepas. Sorotan kajian ini dapat digunakan untuk mengkaji enam pemboleh ubah dalam kajian
PEO.
2.4.1 Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal Graduan PISMP IPG bagi
Memenuhi Kehendak Organisasi dan Pelanggan
Cabaran utama bidang pendidikan adalah untuk memastikan semua sekolah serta institusi
pendidikan memainkan peranan dalam memperkembangkan pengetahuan, kemahiran serta
membentuk sikap pelajar secara berkesan mengikut acuan Malaysia (Abdullah (2009).
Pendidik berperanan dan bertanggungjawab untuk membangunkan potensi pelajar bagi
menzahirkan visi dan misi KPM. Menurut Valli & Buese (2007), dalam kajiannya terhadap
150 orang pendidik mendapati tugas dan tanggung jawab pendidik telah semakin bertambah,
diperluaskan, diinsentifkan bagi memenuhi harapan ibu bapa pelajar hingga memberi tekanan
14

