Page 31 - LAPORAN PEO.pdf
P. 31

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                kerja terhadap pendidik. Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh Rieg et. al.
                (2007) yang menyatakan bahawa  tugas hakiki  pendidik yang perlu  dilaksanakan adalah
                mengorientasikan kurikulum.
                      Pengetahuan pedagogi tidak akan membawa faedah atau bernilai sekiranya hanya
                wujud di minda seseorang pendidik dalam bentuk yang statik (Harris & Sass, 2011). Elemen
                pengetahuan memerlukan rangsangan minda supaya dapat berkembang dan mesti dalam
                bentuk yang  aktif supaya menjadi  asas interaksi profesional  dengan rakan sekerja,  para
                pelajar dan pihak lain.  Selain itu, reaksi profesional atau tindak balas yang wujud serta dapat
                berhubung  dengan situasi sebenar semasa pelaksanaan pengajaran di  dalam kelas,
                diaplikasikan  dalam merancang pengajaran (kurikulum  dan kokurikulum) dan disebarkan
                kepada para pelajar melalui pengajaran di dalam kelas dan  perkongsian ilmu bersama
                pendidik-pendidik yang lain.

                      Craig (2009)  berpendapat,  pendekatan  pedagogi guru yang boleh diintegrasikan
                dengan sistem pembelajaran abad ke 21 termasuklah belajar cara belajar, kemahiran berfikir
                dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran
                dan pembelajaran,  penggunaan ICT, pengajaran  berasaskan kajian masa  depan,
                pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses
                kendiri dan pembelajaran masteri dapat meningkatkan mutu P&P dalam bilik darjah.

                      Kajian Huffman (2003) mendapati  perkongsian tentang  tentang dasar sesuatu
                organisasi yang meliputi dimensi  perkongsian  nilai, matlamat, misi dan visi merupakan
                amalan yang paling kerap diamalkan oleh barisan pentadbir dan guru-guru sekolah kajian.
                Amalan ini  dapat membentuk  budaya pembelajaran secara berterusan  dalam kalangan
                pendidik.   Kekerapan paling tinggi ini  secara langsung menunjukkan bahawa komuniti
                pembelajaran profesional di sekolah  adalah terletak kepada visi  dan misi sekolah.
                Perkongsian misi dan visi sekolah mampu mengajak guru-guru bekerjasama untuk mencapai
                matlamat sekolah.

                      Hubungan yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif
                berupaya meningkatkan tahap motivasi pendidik. Cheng (1996) dalam kajiannya mendapati
                sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi,
                persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama, dan kepimpinan
                berkarisma. Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan
                yang seterusnya menyebabkan  guru mengalami kepuasan  bekerja yang tinggi dan
                peningkatan  produktiviti. Menurutnya lagi sekolah yang ditadbir berdasarkan Teori
                Pengurusan Kolaboratif mempunyai idea penglibatan satu pasukan yang berkongsi harapan,



                                                     15
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36