Page 32 - LAPORAN PEO.pdf
P. 32

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                norma-norma dan nilai serta budaya sekolah, memimpin semua ahli sekolah dalam aktiviti
                pendidikan dan mempunyai matlamat kerja yang sama.

                      Sehubungan itu, adalah penting bagi semua pendidik untuk memainkan peranan bagi
                mengetahui, menguasai dan membudayakan konsep sekolah berkesan agar seluruh warga
                sekolah mempunyai hala tuju yang  sama, jelas dan seragam. Indikator utama dalam
                menentukan keberhasilan dan kejayaan sesebuah sekolah terletak kepada jalinan kerjasama
                yang erat antara semua pihak iaitu pengurusan tertinggi, pengurusan  pertengahan dan
                kakitangan bawahan (Crowther, Kaagan, Ferguson & Hann, 2002).

                      Pengetahuan  Amalan Pembelajaran dalam  kalangan guru amat penting dalam
                melaksanakan pedagogi. Melalui pengalaman guru secara  tidak  langsung  elemen
                pengetahuan yang sedia ada berupaya untuk berinteraksi dalam situasi sebenar kehidupan.
                Hasil pengalaman yang diperoleh merupakan satu set pembelajaran yang akan digunakan
                sebagai panduan terhadap tindakan yang boleh diaplikasikan oleh guru tersebut.  Menurut
                Halim, Abdul Hamid, Meerah dan Osman (2006), peningkatan tahap  pengetahuan dapat
                membantu meningkatkan kualiti kerja pendidik  yang boleh  dilaksanakan melalui aktiviti
                pembacaan, membuat refleksi kendiri, mencatat dan menyimpan maklumat  penting  serta
                berbincang bersama-sama rakan. Seterusnya dalam kajian yang dilaksanakan Henze et. al.
                (2009) terhadap guru yang berpengalaman, dapatan kajian menunjukkan para pendidik dapat
                belajar secara individu  dan kolaboratif melalui beberapa kaedah seperti  perkongsian
                pengetahuan dan pengalaman daripada pendidik lain, bertukar-tukar cerita, bantuan
                peralatan, idea dan perkongsian amalan baik dalam kaedah pengajaran.

                      Selaras dengan perkembangan  pendidikan abad ke  21  bertunjangkan kemahiran
                teknologi maklumat  dan komunikasi (ICT) mementingkan kemahiran teknologi yang  perlu
                dikuasai oleh para  pendidik. Kemahiran mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam
                pengajaran merupakan salah satu dari keperluan latihan bagi pendidik (Lambert & Cuper,
                2008; Levin & Wadmany, 2008). Penguasaan ICT dalam kalangan pendidik adalah selaras
                dengan keperluan kemahiran abad ke 21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan
                dalam  bidang pendidikan seiring dengan penggunaan peralatan  dan teknologi yang
                digunakan semasa pengajaran. Oleh itu, tahap kompetensi pendidik perlu dipertingkatkan
                memandangkan mereka  adalah tunjang kepada pelopor kemahiran  abad ke 21  dalam
                melahirkan modal insan pelajar yang kreatif, inovatif dan mempunyai kebolehan berfikir pada
                aras tinggi (KBAT).

                      Becker & Watt (1996), berpendapat bahawa sebahagian pendidik yang telah sebati
                dengan kaedah mengajar yang tradisional begitu sukar untuk membuat penyesuaian dengan
                teknologi pengajaran yang terkini. Mahmud (2006) menyatakan, kegagalan pendidik
                                                     16
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37