Page 39 - LAPORAN PEO.pdf
P. 39
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
antara pelbagai kumpulan individu atau organisasi dengan konsep-konsep ini berkait rapat
dengan perbezaan mereka dalam memahami nilai maklumat (IFLA, 2006).
2.4.5 Kebolehan Graduan PISMP dalam Mempamerkan Kemahiran
Keusahawanan, Pengurusan dan Keperluan Pembelajaran Sepanjang
Hayat untuk Pembangunan Kerjaya.
Menurut Byers (2003), terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak universiti dalam
membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan ini. Menurutnya lagi, seorang pelajar
memerlukan kemahiran keusahawanan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburinya. Ini boleh dirujuk pada ciri-ciri usahawan itu sendiri, di mana seorang usahawan
perlulah kreatif, mempunyai daya imaginasi yang tinggi, inisiatif dan mampu membuat
perubahan dan menggunakan peluang yang ada dengan baik (Dabson, 2005). Menurut Byers
(2003), institut pengajian tinggi boleh melakukan pelbagai cara untuk membantu pelajar-
pelajar melibatkan diri secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan ini seperti
menubuhkan kelab usahawan untuk pelajar, penerapan ilmu keusahawanan dalam kurikulum
institut pengajian tinggi, menganjurkan seminar keusahawanan dan banyak lagi.
Aspek pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan
yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan
mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Aspek pengurusan
merangkumi penggunaan sumber manusia, kewangan, teknologi, dan sumber alam semula
jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang
menjalankan fungsi pengurusan. Kemahiran pengurusan diperlukan bagi seorang pengurus
untuk melaksanakan tanggung jawabnya. Setiap organisasi memerlukan seorang pengurus
untuk membuat sesuatu pembuatan keputusan, memberi arahan kepada pekerja dan
sebagainya. Oleh itu, setiap pengurus perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus
sesebuah organisasi (De Cenzo, 2008). Sebagai seorang guru yang berada di dalam
organisasi sekolah tidak terlepas dalam aspek pengurusan iaitu menerima arahan dan
pengawalan dari komuniti atasan. Malah sebagai seorang guru seharusnya mempunyai
kemahiran pengurusan yang selari dengan kehendak pengurusan tertinggi di sekolah dalam
menjayakan matlamat dan visi organisasi.
Perkara yang amat penting dalam perubahan ekonomi dan sosial adalah pendidikan
dan latihan. Melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) para pendidik perlu
memajukan diri bagi tujuan pembangunan diri dan kerjaya. Bagi melahirkan individu yang
fleksibel untuk memperoleh pekerjaan dan kerjaya yang baik memerlukan rakyat memiliki
daya saing dan sentiasa menambah kemahiran mereka sepanjang hidup. Program
23

