Page 38 - LAPORAN PEO.pdf
P. 38

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                      Secara sepintas lalu, literasi maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk
                mencari maklumat tertentu yang diperlukan.  Ia juga merangkumi kebolehan mencari dan
                memperoleh maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara
                aktif. IFLA (2006) menggambarkan maklumat sebagai satu elemen terpenting untuk kreativiti
                dan inovasi, satu sumber utama untuk pembelajaran dan pemikiran manusia, satu sumber
                utama dalam mewujudkan lebih ramai warganegara berilmu, satu faktor yang membolehkan
                warganegara mempunyai kehidupan akademik yang lebih baik dan  sumber yang penting
                untuk pembangunan sosial-ekonomi negara. Menurut Case (2002), mengatakan maklumat
                sebagai  ilmu yang terkandung, pengalaman manusia yang di pakej, satu sumber yang boleh
                menyediakan sejumlah  data yang tidak  terkira  banyaknya, satu sumber yang mengambil
                format, mempakejkan, satu media pemindahan yang berbeza-beza, dan berbagai kaedah
                penghantaran, maklumat ialah manusia itu sendiri terdiri daripada  keluarga, para sahabat,
                tutor, rakan pelajar atau institusi iaitu para profesional yang menyediakan perkhidmatan dan
                kemudahan-kemudahan bantuan khidmat, nasihat dan maklumat.

                      Kemahiran mengakses maklumat merujuk kepada keupayaan mengumpul maklumat
                secara berkesan termasuk mengenal pasti sumber maklumat, jenis bahan dan memahami
                kehendak tugasan (Zohra dan Siri, 2001).  Menurut Doyle, (1994 & 1992) sebelum seseorang
                itu boleh mengakses beliau perlu mengenal pasti keperluan maklumat yang dicari. Beliau
                perlu bertanyakan soalan-soalan berhubung keperluan kepada maklumat tersebut. Setelah
                itu barulah beliau boleh mengenal pasti akan sumber dan jenis maklumat yang diperlukan.
                Termasuk dalam bahagian mengakses maklumat juga ialah menyediakan strategi pencarian
                dan strategi pengumpulan dan strategi mempamerkan maklumat dalam bentuk jadual, graf
                dan lain-lain.

                      Kemahiran menilai maklumat  pula lebih kepada keupayaan seseorang  dalam
                menentukan kewibawaan maklumat iaitu menentukan kesahihan dan kesesuaian maklumat
                serta tahu membeza di antara pandangan atau fakta (Zohra dan Siri, 2001).  Menurut See
                (2008), ciri- ciri untuk menilai maklumat bermanfaat dan berguna mengandungi lima elemen
                asas iaitu ketepatan, kewibawaan, objektiviti, kekinian dan liputan.

                      Komuniti abad ke-21 digambarkan sebagai komuniti yang berintensif menggunakan
                maklumat dan pengetahuan. Ini berikutan pengiktirafan dunia  akan peranan  penting
                maklumat  sebagai  faktor utama  pengeluaran untuk semua bentuk  ekonomi (IFLA,  2006;
                Campbell, 2004). Oleh itu, perbahasan mengenai 'kaya maklumat dan miskin maklumat’ dan
                'jurang  digital' adalah isu-isu yang  berpusat kepada kemampuan individu, kumpulan,  dan
                organisasi mengakses dan memaksimumkan penggunaan maklumat yang ada dan relevan
                dengan keperluan tempatan dan global mereka. Ini kerana perbezaan yang dikenal pasti


                                                     22
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43