Page 58 - LAPORAN PEO.pdf
P. 58
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya, masing-masing memperoleh
pencapaian peratus bawah 80% iaitu 78.71% dan 79.46%. Namun begitu pencapaian
keseluruhan PEO adalah 81.82% pada tahap memuaskan.
Jadual 4.3: Analisis keseluruhan elemen PEO
Konstruk Min SP Tahap
PEO 1 3.33 0.679 Tinggi
PEO 2 3.26 0.553 Tinggi
PEO 3 3.33 0.567 Tinggi
PEO 4 3.38 0.524 Tinggi
PEO 5 3.18 0.634 Tinggi
PEO 6 3.27 0.589 Tinggi
4.5 Analisis Tahap Kebolehan Graduan PISMP terhadap Konstruk PEO 1
Perbincangan terhadap dapatan hasil analisis bahagian ini bertujuan untuk menjawab
persoalan kajian 1 iaitu: Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran praktikal graduan PISMP
IPG bagi memenuhi kehendak organisasi?
4.5.1 Analisis Tahap Keseluruhan Elemen PEO 1
Hasil analisis tahap kebolehan graduan PISMP IPG bagi keseluruhan konstruk PEO 1
mengikut urutan didapati konstruk kemahiran (M=3.35, SP=0.547) adalah lebih tinggi dan
diikuti oleh konstruk pengetahuan (M=3.26, SP=0.812) seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.4.
Keseluruhan kesemua konstruk elemen PEO 1 adalah pada tahap tinggi.
Jadual 4.4: Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 1
Konstruk Min SP Tahap
Pengetahuan 3.26 0.812 Tinggi
Kemahiran 3.35 0.547 Tinggi
Keseluruhan 3.33 0.679 Tinggi
4.5.2 Analisis Tahap Konstruk Pengetahuan
Analisis Tahap Pengetahuan melibatkan dua aspek iaitu pengetahuan dasar dan
pengetahuan perundangan seperti analisis berikut.
a) Analisis Tahap Pengetahuan Dasar
Berdasarkan Jadual 4.5 dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi aspek pengetahuan
dasar adalah pada tahap yang tinggi (M=3.12, SP = 0.544). Daripada dua item yang
dikemukakan, item mengaitkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
42

