Page 61 - LAPORAN PEO.pdf
P. 61
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
c) Analisis Tahap Amalan
Berdasarkan Jadual 4.9, memaparkan dapatan analisis min pencapaian aspek amalan
graduan PISMP, dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi item amalan adalah pada tahap
yang tinggi (Min=3.39, SP=0.512). Daripada tiga item amalan yang dikemukakan, aspek
mengamalkan amalan pembelajaran dalam suasana kerja memperoleh min pencapaian
tertinggi (M=3.45, SP=0.517), diikuti menganalisis keperluan latihan yang bersesuaian
dengan tugas (M=3.3, SP=0.515) dan min terendah ialah item menggunakan kaedah menilai
keberkesanan daripada latihan (M=3.33, SP= 0.513). Keseluruhan kesemua item konstruk
Kemahiran Amalan adalah pada tahap tinggi.
Jadual 4.9: Analisis Tahap Konstruk Kemahiran Amalan
No Item Min SP Tahap
014 Mengamalkan amalan pembelajaran dalam 3.45 0.517 Tinggi
suasana kerja
015 Menganalisis keperluan latihan yang bersesuaian 3.39 0.515 Tinggi
dengan tugas
016 Menggunakan kaedah menilai keberkesanan 3.33 0.513 Tinggi
daripada latihan
Keseluruhan 3.39 0.512 Tinggi
d) Analisis Tahap Kemahiran Teknologi Maklumat
Jadual 4.10 mempamerkan dapatan min pencapaian aspek pengetahuan teknologi maklumat
graduan PISMP. Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi aspek kemahiran teknologi
maklumat adalah pada tahap yang tinggi (M=3.31, SP=0.560). Daripada dua item yang
dikemukakan, item pembelajaran melalui latihan memberi kesan positif memperoleh min
pencapaian tertinggi (M=3.39, SP=0.518) berbanding item mengaplikasikan perisian
komputer (M=3.23, SP = 0.597). Keseluruhan kesemua item konstruk Kemahiran Teknologi
Maklumat adalah pada tahap tinggi.
Jadual 4.10: Analisis Tahap Konstruk Teknologi Maklumat
No Item Min SP Tahap
017 Pembelajaran melalui latihan memberi kesan 3.39 .518 Tinggi
positif
018 Mengaplikasikan perisian komputer. 3.23 .597 Tinggi
Keseluruhan 3.31 0.560 Tinggi
e) Analisis Tahap Kemahiran Interpersonal
Jadual 4.11 mempamerkan dapatan min pencapaian aspek kemahiran interpersonal graduan
PISMP. Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi aspek kemahiran interpersonal adalah
45

