Page 109 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 109

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 101

               idea bagi menghasilkan dan mengaplikasikan perkara yang baru di tahap yang baik.
               Ringkasnya, para guru mempunyai siri kelakuan yang menjurus kepada tingkah laku
               yang inovatif. Secara teoretikalnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para guru
               berupaya  meneroka  dan  mengenal  pasti  peluang  bagi  menjana  idea-idea  baharu
               dalam bidang tugas mereka (Basadur 2004; De Jong & Den Hartog 2008; Örnek &
               Ayas 2015; West & Farr 1990). Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran misalnya,
               para guru mempunyai kelakuan dan keupayaan untuk melihat masalah yang timbul
               sebagai  suatu  peluang  yang  perlu  diatasi  dan  bukannya  satu  halangan  yang
               melemahkan  mereka.  Sebagai  contoh,  masalah  dalam  membuatkan  murid  untuk
               memahami tentang perkara yang diajar dilihat guru sebagai satu peluang yang boleh
               diambil untuk menghasilkan sesuatu yang baharu seperti kaedah atau bahan bantu
               belajar yang dapat membantu murid. Selain itu, para guru juga mempunyai kelakuan
               untuk menjana dan mengembangkan idea yang berguna, relevan dan sesuai dengan
               keperluan (De Spiegelaere, Van Gyes, De Witte, Niesen, & Van Hootegem, 2014;
               Messmann & Mulder, 2012). Berbalik kepada contoh yang telah dikemukakan, para
               guru akan cuba untuk menjana idea bagi menghasilkan strategi pengajaran yang lebih
               berkesan  atau  menghasilkan  inovasi  dalam  bahan  bantu  belajar  misalnya  yang
               bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman murid.

                       Antara  lain,  dapatan  kajian  ini  juga  menunjukkan  bahawa  para  guru  turut
               mempunyai  tingkah  laku  dalam  memperjuang  dan  mempromosi  idea  baharu  yang
               telah dijana (Howell & Higgins, 1990; King & Anderson, 2002; Van de Ven, 1986;
               Zaltman,  Duncan,  &  Holbek,  1973).  Dalam  konteks  kajian  ini,  para  guru  dilihat
               mempunyai  tingkah  laku  bagi  mempromosi  idea  baharu  untuk  mendapatkan
               sokongan untuk tujuan pengaplikasian bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan
               pemudahcaraan serta kemenjadian murid. Sokongan yang diperlukan dalam hal ini
               bukanlah  terhad  kepada  sokongan  daripada  murid  semata-mata,  malah  turut
               melibatkan sokongan daripada rakan guru dan juga pentadbir sekolah terutamanya.
               Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para guru turut mempunyai
               kelakuan  untuk  mengaplikasikan  idea  baharu  yang  telah  dihasilkan  bagi  menjadi
               suatu realiti. Sebagai contoh, setelah guru berjaya menghasilkan idea baharu seperti
               inovasi  bahan  bantu  belajar  yang  dapat  menyelesaikan  masalah  dalam  sesi
               pembelajaran  misalnya,  guru  akan  cuba  sedaya  upaya  untuk  merealisasikan
               penyelesaian ini agar dapat diaplikasikan.

                       Berbeza  dengan  kajian-kajian  lepas  yang  dijalankan  dalam  konteks  tingkah
               laku inovatif guru di Malaysia yang hanya memberikan tumpuan kepada guru sekolah
               menengah, kajian ini telah melibatkan lebih ramai daripada kalangan guru sekolah
               rendah. Berbanding dengan dapatan kajian lepas, dapatan kajian ini menunjukkan
               bahawa secara umumnya telah berlaku peningkatan berkenaan tahap tingkah laku
               inovatif  guru  iaitu  daripada  tahap  yang  rendah  dan  sederhana  dalam  kajian  lepas
               kepada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian lepas yang diperoleh
               menunjukkan tahap tingkah laku inovatif guru di Malaysia hanya berada pada paras
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114