Page 105 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 105

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 97

               kepada penghasilan, pembentukan atau pengaplikasian perkara-perkara baru seperti
               produk,  teknologi,  perkhidmatan,  perubahan  prosedur  atau  proses  kerja  dengan
               tujuan  untuk  penambahbaikan  kerja  sedia  ada  bagi  meningkatkan  kecekapan  dan
               keberkesanan  organisasi  (De  Jong  &  Den  Hartog,  2008;  Dorenbosch,  Engen,  &
               Verhagen, 2005; Isabel Ma Prieto & Pérez-Santana, 2014; Kleysen & Street, 2001;
               Stan, Gyes, & Hootegem, 2014; West & Farr, 1989).

                       Dalam bidang pendidikan, tingkah laku inovatif yang wajar diberi perhatian dan
               keutamaan adalah kepada tingkah laku inovatif dalam kalangan guru. Ini kerana guru
               merupakan unit terbesar yang berperanan sebagai penggerak utama dalam sistem
               pendidikan.  Dalam  suasana  perkembangan  teknologi  yang  begitu  pesat  serta
               perhubungan dunia tanpa sempadan pada hari ini misalnya, tingkah laku inovatif guru
               dilihat mampu untuk memainkan peranan yang penting dalam mengharungi setiap
               cabaran getir yang melanda sistem pendidikan (Berzin & Camarena, 2018; Cloete,
               2017;  Kristoffersen,  2018).  Salah  satu  cabaran  utama  yang  perlu  dihadapi  dalam
               persekitaran terbuka yang serba pesat ini adalah bagi memastikan sistem pendidikan
               sentiasa  kekal  relevan  dan  selari  dengan  peredaran  semasa.  Sistem  pendidikan
               dilihat tidak boleh hanya bersifat statik sebaliknya perlu bersifat dinamik dan sentiasa
               berubah  agar  dapat  memenuhi  kehendak  dan  keperluan  yang  selari  dan  relevan
               dengan perkembangan semasa.



               PENYATAAN MASALAH

               Di sebalik hakikat bahawa sistem pendidikan benar-benar memerlukan inovasi secara
               amnya  dan  tingkah  laku  inovatif  dalam  kalangan  guru  secara  khususnya  bagi
               mengharungi  halangan  yang  semakin  mencabar,  realiti  berkenaan  tingkah  laku
               inovatif dalam kalangan guru di Malaysia masih menjadi isu.

                       Di Malaysia, kajian berkenaan tingkah laku inovatif dalam kalangan guru ini
               sebenarnya turut diakui beberapa pengkaji lepas sebagai agak terhad serta masih
               belum dikaji secara meluas (Baharuddin, Masrek, & Shamila, 2019; Noor Hashimah,
               Faiz, Yaakob, Yusof, & Ibrahim, 2019). Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap
               literatur, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan tingkah laku
               inovatif secara khusus dalam konteks guru di Malaysia seperti kajian yang dilakukan
               Abdul Ghani & Ying-Leh (2016), Aziah et al. (2016), Aziah & Al Amin (2019), Aziyah
               & Samy (2019), Nik Ramli & Norhajawati (2015), Zahari & Abd Latif (2016) dan Noor
               Hashimah et al. (2019). Dapatan kajian lepas ini jelas menunjukkan bahawa tingkah
               laku inovatif guru di Malaysia sejak 2012 sehingga 2019 adalah tidak konsisten dan
               hanya berada di sekitar tahap yang rendah dan sederhana sahaja tanpa sebarang
               peningkatan  yang  ketara.  Didapati  wujud  jurang  yang  masih  perlu  dipenuhi  untuk
               penambahbaikan dan pengembangan ilmu sedia ada iaitu berkaitan dengan aspek
               penglibatan responden kajian yang didapati masih belum meluas. Jika dilihat dengan
               lebih mendalam terhadap kajian lepas yang telah dilakukan dalam konteks guru di
               Malaysia, didapati kesemua kajian yang dinyatakan ini hanya melibatkan guru sekolah
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110