Page 106 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 106

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 98

               menengah sebagai responden kajian. Kajian oleh Aziyah & Samy (2019) dan Noor
               Hashimah et al. (2019) pula lebih berfokus kepada guru-guru sekolah menengah di
               sekolah berprestasi tinggi. Hal ini menunjukkan kurangnya penglibatan guru sekolah
               rendah dalam bidang kajian berkenaan tingkah laku inovatif ini.

                       Oleh  itu,  sudah  tiba  masanya  untuk  kajian  yang  lebih  luas  dilakukan  bagi
               melihat dengan lebih jelas realiti berkaitan tingkah laku inovatif dalam kalangan guru
               di  Malaysia.  Penglibatan  lebih  ramai  guru  terutamanya  guru  sekolah  rendah  amat
               diperlukan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan tepat berkenaan
               dengan tingkah laku inovatif ini.



               OBJEKTIF KAJIAN

               Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dinyatakan, objektif kajian ini
               secara khususnya adalah bagi:

                   1. Mengenal pasti tahap tingkah laku inovatif dalam kalangan guru di Malaysia.



               PERSOALAN KAJIAN

               Berdasarkan  kepada  objektif  kajian  yang  telah  dinyatakan,  persoalan  kajian  telah
               dibina untuk merungkaikan secara spesifik tentang kajian yang dijalankan. Persoalan
               kajian ini adalah seperti yang berikut:

                   1.  Apakah tahap tingkah laku inovatif dalam kalangan guru di Malaysia?



               KEPENTINGAN KAJIAN

               Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap tingkah laku inovatif
               dalam kalangan guru di Malaysia. Kajian ini penting untuk dijalankan kerana akan
               dapat memberikan gambaran awal yang jelas kepada pemegang taruh serta pihak
               yang berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kepada
               guru sendiri tentang situasi dan realiti semasa berkaitan dengan tingkah laku inovatif
               dalam kalangan guru di Malaysia. Penjelasan yang lebih terperinci tentang amalan
               sedia ada guru yang berkaitan dengan tingkah laku inovatif sama ada berada pada
               tahap yang sepatutnya atau tidak akan menjadi maklumat yang berguna kepada KPM
               bagi mengatur serta merangka tindakan yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah
               laku inovatif dalam kalangan guru di Malaysia. Di samping itu juga, dapatan kajian ini
               juga  akan  dapat  membantu  pihak  KPM  untuk  mendiagnosis  isu  yang  berkaitan
               dengan tingkah laku inovatif guru dengan lebih mendalam.
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111