Page 18 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 18
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 10
Jadual 3 Tahap Penguasaan Dimensi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Tahap Penguasaan Julat Min n Peratus
Rendah 1 ≤ x < 2 589 19.6%
Sederhana 2 ≤ x < 3 1190 39.6%
Tinggi 3 ≤ x < 4 1221 40.7%
3000 100%
Berdasarkan Jadual 3, para pensyarah berada pada tahap tinggi dari segi
penguasaan dimensi pedagogi pembelajaran bermakna iaitu 40.6% (1221 orang
pensyarah ) daripada jumlah keseluruhan seramai 3000 orang pensyarah. Manakala
selebihnya iaitu hanya 19.6% (589 orang penyarah) berpandangan bahawa tahap
penguasaan kemahiran pedagogi mereka masih pada tahap rendah. Secara
keseluruhan analisis tahap profil penguasaan dimensi kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna menunjukkan para pensyarah berkebolehan melaksanakan
pendekatan pembelajaran bermakna semasa PdP.
Dimensi kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna merangkumi empat sub-
dimensi iaitu amalan pedagogi, rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, dan
pemanfaatan digital. Sub-dimensi amalan pedagogi terdiri daripada 10 item yang
mengukur tahap penguasaan responden dalam kedua-dua aspek amalan pedagogi
klasik dan kontemporari. Dapatan KPPB berkaitan sub-dimensi amalan pedagogi
dipaparkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 Tahap Penguasaan Responden Pensyarah terhadap Amalan Pedagogi
Bil Pernyataan STS TS S SS
1 Saya menguasai pelbagai strategi PDP serta
pentaksiran yang dapat digunakan untuk merancah 199 301 830 1670
dan memperibadikan (personalise) proses 6.6% 10.0% 27.6% 55.6%
pembelajaran
2 Saya mahir melibatkan pelajar dalam mewujudkan 511 630 879 980
kitaran maklum balas kendiri dan rakan sebaya bagi 17.0% 21.0% 29.3% 32.6%
menggalakkan proses penambahbaikan berterusan
3 Saya mahir memberikan pilihan kepada pelajar bagi
meningkatkan keterlibatan mereka dalam 532 279 729 1460
perancangan serta pentaksiran proses 17.7% 9.30% 24.3% 48.6%
pembelajaran
4 Saya mahir mewujudkan peluang kepada pelajar
untuk memberi maklum balas secara kritis terhadap 319 1250 671 760
sesuatu cadangan atau penyelesaian masalah 10.6% 41.6% 22.3% 25.3%
kepada pihak lain
5 Saya mahir mengintegrasi pelbagai media dan 29 761 969 1241
alatan digital baharu dalam proses pembelajaran 0.96% 25.3% 32.3% 41.3%
serta pentaksiran bilik darjah
6 Saya mahir mewujudkan peluang supaya pelajar 281 666 939 1114
saya dapat menganalisis secara kritis kesahihan 9.36% 22.2% 31.3% 37.1%
media dan sumber web

