Page 21 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 21

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 13


               Jadual 7 Tahap Penguasaan Pensyarah Bagi Dimensi Pemanfaatan Digital


                Tahap Penguasaan            Julat Skor           n               Peratus
                    Rendah                   1 ≤ x < 2           675              22.50%
                    Sederhana                2 ≤ x < 3          1135              37.83%
                    Tinggi                   3 ≤ x < 4          1190              39.66%
                                                               3000                100%

               Jadual 8,  menunjukkan tahap penguasaan responden dalam Dimensi Kompetensi
               Global.

               Jadual 8 Tahap Penguasaan Dimensi Kompetensi Global

                Tahap Penguasaan            Julat Skor           n               Peratus

                    Rendah                   1 ≤ x < 2         477                15.90%
                    Sederhana                2 ≤ x < 3         1034               34.46%
                    Tinggi                   3 ≤ x < 4         1489               49.63%
                                                               3000                100%


               Berdasarkan  Jadual  8,  dapatan  kajian  menunjukkan  para  pensyarah  yang  berada
               pada  kategori  tinggi  adalah  sebanyak  49.63  peratus.  Tahap  penguasaan  ini
               merupakan  tahap  yang  paling  tinggi  berbanding  dimensi  yang  lain.  Ini  bermaksud
               responden telah menguasai konsep kompetensi global 6C dengan baik.


               PERBINCANGAN KAJIAN

               Perbincangan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu (1) tahap penguasaan
               para pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran bermakna; dan (2) penguasaan
               para pensyarah dalam menguasai kompetensi global 6C.

               Tahap  Penguasaan  Para  Pensyarah  Dalam  Melaksanakan  Pembelajaran
               Bermakna

               Dapatan  kajian  menunjukkan  tahap  penguasaan  dimensi  kapasiti  pedagogi
               pembelajaran  bermakna  dalam  kalangan  responden  pensyarah  adalah  baik  iaitu
               seramai 40.6 %  pensyarah berada dalam kategori tinggi (Jadual 3).  Berdasarkan
               Fullan  dan  Langworthy  (2014),  kapasiti  pedagogi  diperlukan  bagi  mencapai
               pembelajaran  bermakna.  Sehubungan  itu,  dapatan  kajian  menunjukkan  para
               pensyarah  menguasai  kapasiti  pedagogi  untuk  melaksanakan  pembelajaran
               bermakna semasa PdP.  Walau bagaimanapun, dapatan ini boleh dilihat secara lebih
               terperinci  berdasarkan  kepada  sub  dimensi  kepada  dimensi  kapasiti  pedagogi
               pembelajaran  bermakna  iaitu  sub-dimensi  amalan  pedagogi,  rakan  pembelajaran,
               persekitaran pembelajaran, dan pemanfaatan digital.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26