Page 50 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 50
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 42
pelajar dalam talian sambil menangani semua tanggungjawab memang lebih sukar
berbanding kelas secara konvensional (Khadijah, Kainat, Mahwish & Ahsan 2020).
Emily et al. (2020) dalam kajian mereka mendapati pendidik di salah sebuah sekolah
menengah di Stockton, California yang merasa bingung kerana merasakan diri
mereka bukan sahaja sebagai pendidik yang menyampaikan isi kandungan bahkan
juga sebagai DJ aplikasi Zoom dengan menjemput pelajar ke kelas, mengusir atau
mengeluarkan mereka, mengambil tahu masalah teknologi, membisukan atau
mensenyapkan suara pelajar ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Preedep (2020) pula mendapati bahawa terdapat dalam kalangan pensyarah yang
sukar mengendaikan kelas apabila pelajarnya kurang mematuhi aturan kelas yang
telah ditetapkan. Ada yang lambat dan ada yang cepat hadir ke kelas maya. Ada yang
hadir menunjukkan wajah sebenar kemudian hanya gambar sahaja yang berada di
paparan skrin (Dimitrius 2020).
d. Masalah persekitaran
Persekitaran pembelajaran yang kondusif memainkan peranan yang penting bagi
seseorang pelajar agar dapat memberi fokus atau tumpuan kepada apa yang
dipelajarinya. Dalam kajian ini peserta menghadapi beberapa masalah persekitaran
yang menyebabkan gangguan ketika sesi pembelajaran secara dalam talian.
Keadaan ini telah diperlihatkan dalam temu bual berikut:
“Suasana belajar di rumah tidak sama seperti di kelas secara
bersemuka dengan pensyarah”. SP2
“Tidak boleh fokus sepenuhnya dalam kelas atas talian kerana
gangguan persekitaran”. SP3
“Adik-beradik yang ramai termasuk yang kecil mengganggu
proses PdP”. SP4
“Pengajaran yang melibatkan talaqqi tidak dapat dioptimumkan,
kerana keadaan pembelajaran secara dalam talian”. SP7
“Subjek ini agak sukar sebenarnya lebih-lebih lagi kelas secara
online”. SP8
Terdapat kajian yang mengesahkan bahawa persekitaran yang baik merupakan
faktor kepuasan pelajar mengikuti pembelajaran jarak jauh secara dalam talian.
Persekitaran yang menyokong pembelajaran pelajar dapat meningkatkan motivasi
pelajar untuk belajar (Kainat & Muhammad 2020). Namun kajian lain pula
menunjukkan perbezaan sosio ekonomi menyebabkan wujud kepelbagaian
persekitaran pembelajaran. Ada persekitaran kediaman yang mendorong pelajar
untuk terus belajar sehingga berjaya termasuklah sokongan ibu bapa (Cathy & Farah
2020). Namun ada persekitaran kediaman yang menyebabkan pembelajaran
terganggu seperti kemiskinan, rumah yang sempit, adik beradik yang ramai dan

