Page 54 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 54
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 46
ii. Pendidik dan pelajar perlu dilatih menggunakan teknologi dan meningkatkan
kemahiran digital mereka seiring dengan trend dan realiti global yang baharu
muncul dalam dunia pendidikan sewaktu pandemik.
iii. Ibu bapa dan pendidik harus membincangkan dan menjelaskan kepada anak-
anak mereka tentang maklumat yang betul mengenai apa yang berlaku dan
sebab-sebab sekatan yang harus dihadapi oleh anak-anak kerana ia sangat
penting untuk mencegah akibat psikologi yang negatif.
iv. Jadual interaksi pembelajaran pelajar secara dalam talian perlu disusun, dikaji,
diteliti dan disesuaikan dengan keadaan pembelajaran di rumah agar tidak
terlalu padat dan terus menerus sehingga menyebabkan pelajar bosan dan
rasa tertekan.
v. Bahan dan strategi PdP secara dalam talian perlu diubahsuai agar lebih
menarik dan memberangsangkan sehingga mampu menghasilkan generasi
pelajar yang kreatif, inovatif, dinamik dan mempunyai kemahiran insaniah yang
boleh dibanggakan.
vi. Ibu bapa dan guru hendaklah berusaha membimbing pelajar agar dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan baharu dalam sistem pendidikan kini
kerana ramai pelajar yang belum biasa melalui program pembelajaran di
rumah.
vii. Mana-mana institusi pendidikan perlu menetapkan satu peraturan dasar untuk
interaksi dalam talian, kehadiran pelajar, masalah disiplin pelajar, kaunseling
dan tindakan disiplin kepada pelajar supaya matlamat pembelajaran tercapai.
viii. Ibu bapa perlu memantau masalah disiplin pelajar sewaktu mengikuti kelas
dalam talian di rumah dan bertanggungjawab memastikan mereka memelihara
kejujuran, adab dan sopan ketika berhadapan dengan guru walaupun secara
maya.
ix. Pendidik dan pelajar harus saling bantu-membantu serta berusaha secara
kolektif bagi mengekalkan tahap motivasi masing-masing.
x. Ibu bapa, pendidik, pelajar, institusi pendidikan, pemimpin dan semua media
penyebaran informasi agar sentiasa memberi panduan, nasihat dan motivasi
kepada pelajar dalam menguruskan tekanan (stress), agar dapat membendung
segala perkara yang tidak diingini disebabkan hilang kawalan dan
pertimbangan.
KESIMPULAN
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia
kerana mereka terpaksa membiasakan diri mereka melakukan aktiviti yang di luar
norma kebiasaan mereka seperti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Dalam situasi tersebut pelajar perlulah bijak menguruskan masa agar pembelajaran
tidak terganggu dan manfaatkan teknologi yang ada untuk meningkatkan prestasi
akademik. Pendidik pula seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti
pengajaran secara maya agar lebih menarik dan berkesan. Ibu bapa sentiasa

