Page 52 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 52

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 44

               bersemuka sebagaimana di kampus. Selain itu, interaksi yang terlalu lama secara
               dalam talian juga boleh mengganggu emosi pelajar. Situasi tersebut telah ditimbulkan
               oleh peserta kajian sebagaimana temu bual berikut:

                       “Belajar secara online lebih tertekan berbanding kelas biasa di IPG”.
                       SP1

                        “Bila ada masalah line yang sangat slow saya jadi stress”. SP2

                        “Saya  sebenarnya  lebih  suka  belajar  bersemuka  dengan  kawan
                       serta pensyarah...mula-mula  ok   tapi bila  dah terlalu  lama  sangat
                       berhari-hari saya rasa bosan dan tertekan saya rasa nak belajar face
                       to face macam dulu”. SP3

                        “Kadang-kadang saya rasa tertekan bila rutin harian saya sama iaitu
                       mengikut  jadual PdP  yang  sama  dengan  kelas  bersemuka.  Cuba
                       bayangkan belajar secara online waktunya sama seperti waktu di
                       kampus  terus menerus kecuali rehat”.  SP4

                        “Saya harap boleh balik ke asrama belajar di sana, di rumah sebagai
                       anak saya perlu melakukan banyak kerja macam saya cuti semester
                       pulak”. SP5

                        “Saya kurang stress jika pensyarah bagi kebebasan masa belajar
                       melalui  tugasan  yang  diberi  tidaklah  terlalu  mengikut  masa  yang
                       telah ditetapkan”.  SP6

                        “Bila tiba waktu PdP saya akan keluar dan duduk di kawasan kedai
                       kampung  untuk  dapatkan  line  internet  rasa terganggu  juga  emosi
                       saya ni”. SP7

                        “Saya semua alhamdulillah, cuma kadang kala rasa agak stress bila
                       terlalu banyak belajar secara dalam talian ni”. SP8

               Mirna dan Ali (2020) dalam kajian mereka mendapati bahawa disebabkan perubahan
               secara tiba-tiba dengan situasi pembelajaran norma baharu ini, ditambah pula dengan
               tekanan  tugasan    yang  banyak,  telah  mula  menimbulkan  kegelisahan  dan
               simptomologi  kemurungan  dalam  kalangan  pelajar  sarjana.  Yamini  (2020)  hasil
               kajiannya  menunjukkan  terdapat  pelajar  yang  mengalami  tekanan  perasaan
               disebabkan  ketakutan  terhadap  kegagalan  akademik.  Ini  disebabkan  suasana
               pembelajaran di rumah yang tidak menyokong hasrat dan keinginan mereka untuk
               berjaya sebagaimana di kampus. Namun begitu kajian tersebut juga menunjukkan
               sebilangan besar pelajar yang berfikiran positif telah mula beralih ke pelbagai aktiviti
               kreatif  serta    menjauhkan  diri  dari  kebosanan  dan  pemikiran  tertekan  sepanjang
               perintah berkurung di rumah.
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57