Page 51 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 51

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 43

               terpaksa membantu keluarga melakukan kerja di waktu kelas sedang berlangsung
               (Muhammad et al. 2020)

               e. Masalah konsentrasi untuk belajar

               Konsentrasi  adalah  keadaan  yang  melibatkan  seluruh  perhatian  seseorang  hanya
               tertumpu pada satu perkara dan tidak memperhatikan yang lain. Semasa konsentrasi,
               akal  memusatkan  perhatian  kepada  objek  tumpuan  dan  hanya  satu  pemikiran
               menguasai minda. Seluruh tenaga minda menjadi tertumpu kepada pemikiran yang
               satu  ini.  Masalah  konsentrasi  pelajar  yang  belajar  Nahu  Bahasa  Arab  II    ketika
               pandemik COVID-19  sebagaimana  temu bual berikut:

                       “Suasana belajar di rumah yang bising mengganggu konsentrasi
                       pembelajaran”. SP1

                       “Tidak fokus apa yang diperbincangkan di dalam kelas online bila
                       berada di rumah”. SP4

                       “Kurang serius terhadap pembelajaran secara dalam talian”. SP5

                       “Tidak semua pelajar dapat fokus dalam kelas online kerana tidak
                       bersemuka”. SP8

               Gonzalez, Rubia, Hincz, Lopez Subirats, Fort& Sacha (2020) dalam kajian mereka
               mendapati bahawa konsentrasi dalam kalangan pelajar menurun apabila tinggal di
               rumah  akibat  pandemik  COVID-19.  Kemajuan  teknologi  tidaklah  serta  merta
               menyebabkan pelajar belajar dengan baik di rumah kerana terdapat faktor lain yang
               tidak berlaku sepertimana belajar di sekolah. Dalam kajian lain mendapati pelajar telah
               hilang konsentrasi semasa PdP di rumah kerana faktor persekitaran rumah, bilangan
               ahli  keluarga, dan  gangguan  oleh ahli  keluarga  yang  masih  kecil  (Linda &  Zamira
               2020).

               f)  Tertekan dengan pelbagai kekangan

               Tekanan perasaan sering dikaitkan dengan tingkah laku kasar dan kesukaran dalam
               menjelaskan had dan disiplin. Oleh itu, anak-anak dalam keluarga ini mungkin merasa
               kurang difahami oleh ibu bapa mereka dan mungkin bertindak balas dengan cara yang
               lebih negatif dan agresif (Pinquart, 2017). Dalam kajian ini didapati bahawa perasaan
               tertekan yang wujud dalam diri peserta kajian antaranya ialah belajar secara dalam
               talian lebih tertekan berbanding kelas bersemuka di kampus. Terdapat peserta yang
               mengharapkan agar dapat belajar di kampus seperti biasa kerana berada di rumah
               terlalu lama menyebabkan rasa tertekan tambahan pula terpaksa melakukan tugasan
               di rumah yang terlalu banyak sehingga mengganggu waktu pembelajaran. Masalah
               talian  internet  yang  terlalu  perlahan  juga  menyebabkan  gangguan  emosi  peserta
               kajian kerana yang terpaksa keluar dari rumah mencari kawasan yang mempunyai
               liputan internet yang kuat. Selain itu, peserta kajian juga mengalami perasaan yang
               tertekan  kerana  jadual  secara  dalam  talian  terlalu  padat  mengikut  jadual  interaksi
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56