Page 105 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 105

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              Dato’  Razali  Ismail,  Kuala  Nerus  Terengganu.  Kaedah  persampelan  yang
              digunakan adalah kaedah sampel bertujuan  yang  merujuk kepada prosedur
              persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri  tertentu
              dipilih sebagai responden kajian (Chua, 2007). Responden dipilih kerana siswa
              guru sains semester lapan mempunyai tugasan amali di makmal.

              Instrumen Kajian

              Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B
              dan bahagian C. Bahagian A meliputi 5 item soalan tentang latar belakang
              responden seperti jantina, kawasan tempat tinggal, tempat tinggal semasa, jenis
              internet dan kelajuan internet. Bahagian B meliputi 19 item berkenaan
              Persekitaran  Pembelajaran  dalam Talian Siswa  Guru  Sains  Semasa  Pandemik
              COVID-19 yang dibahagikan kepada 3 faktor iaitu ruang, teknologi, sumber dan
              kemudahan. Ketiga-tiga faktor ini dipilih berdasarkan kajian pengaruh
              persekitaran pembelajaran fizikal terhadap sikap dan hubungan sosial pelajar
              (Cantero, Mira, Lopez-Chao, 2016). Manakala bahagian C mempunyai 14 item
              berkenaan Komitmen Siswa Guru Sains Semasa Mengikuti Pembelajaran Dalam
              Talian Semasa Pandemik  COVID-19  pula diadaptasi daripada soal selidik
              Predictors of Student Commitment (Strauss & Volkwein, 2004). Bagi bahagian B
              dan bahagian C telah menggunakan Skala Likert.


              DAPATAN KAJIAN

              Dapatan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan keseluruhan item adalah α=
              0.927. Nilai tersebut melebihi 0.85 seperti yang dikehendaki dan mencapai tahap
              kebolehpercayaan yang baik untuk digunakan dalam kajian ini.  Indeks
              kebolehpercayaan item bagi komponen ini adalah baik dan boleh diterima pakai
              (Hair & Black, 2010).

              Analisis min dijalankan bagi menentukan tahap pemboleh ubah yang dikaji. Bagi
              penentuan tahap konstruk ruang, teknologi, sumber dan kemudahan interprestasi
              min  dibahagikan kepada  tinggi, sederhana dan rendah.  Pengiraan  julat  min
              bertujuan untuk memudahkan merumuskan tahap setiap pemboleh ubah (Ramlee
              et al., 2020). Interprestasi ini dapat dilihat dalam Jadual 1.

              Jadual 1:  Interprestasi Data

                        Julat min                      Interprestasi
                     1.00 hingga 2.33                     Rendah
                     2.34 hingga 3.66                    Sederhana
                     3.67 hingga 5.00                     Tinggi




                                                                                   100
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110