Page 107 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 107
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Faktor teknologi dan sumber dan kemudahan pula berada pada tahap sederhana
(min=3.47, sp=0.6913). Secara keseluruhannya, faktor persekitaran pembelajaran
dalam talian yang dikaji ini dalam tahap sederhana. Oleh itu, ia menunjukkan
kurangnya kepuasan siswa guru dalam faktor persekitaran pembelajaran
terutamanya bagi faktor teknologi, sumber dan kemudahan.
PERBINCANGAN
Hasil daripada dapatan kajian didapati responden sangat bersetuju bahawa ruang
pembelajaran peribadi semasa mengikuti kuliah dalam talian adalah sangat
penting (min= 4.79, sp= 0.4091). Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan
ruang pembelajaran di rumah adalah kurang memuaskan berbanding di dalam
bilik kuliah (min=3.62, sp= 1.1611). Antara ciri perspektif fizikal persekitaran
pembelajaran yang perlu dilihat adalah dari segi ruang, cahaya dalaman, tahap
kebisingan, perabot dan kemudahan teknologi moden. Oleh itu, sekiranya
persekitaran pembelajaran dalam keadaan yang sesak dan tidak selesa ia akan
menjadi penghalang kepada capaian matlamat proses pengajaran dan
pembelajaran yang ingin dijalankan (Che Nidzam et al., 2016). Ciri-ciri fizikal
persekitaran pembelajaran seperti ruang, gangguan bunyi dan ventilasi udara
boleh menjadi punca kepada gangguan dalam persekitaran pembelajaran (Asri
Marsidi & Hamrila Abdul Latip, 2007). Didapati bahawa ruang pembelajaran
yang luas dan bersesuaian boleh membenarkan pelajar untuk belajar dengan
lebih baik kerana dapat meningkatkan keselesaan pembelajaran mereka (Che
Nidzam et al., 2014).
Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan didapati responden mempunyai
capaian internet yang baik (min=3.90, sp= 0.8824) dan sistem perisian dan alat
peranti yang digunakan adalah yang terkini (min=4.21, sp=1.0306). Hal ini
boleh dipengaruhi oleh sebab kelajuan internet dan lokasi keberadaan siswa guru
semasa mengikuti pembelajaran dalam talian. Sedangkan dalam kajian yang
lepas didapati bahawa kebanyakan pelajar di Malaysia mempunyai kekurangan
kemudahan komputer dan internet yang menyebabkan kurangnya kesediaan
mereka untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (Selvanathan et al., 2020).
Manakala dalam kajian Raseed et al., (2020), pula menyatakan bahawa antara isu
majoriti responden beliau adalah kesukaran untuk memahami dan mempelajari
penggunaan sistem software seperti Microsoft Team kerana penggunaan alat
peranti yang lama dan masalah capaian Internet (Rasheed et al., 2020). Maka, ini
menyebabkan tahap kesediaan dan motivasi pelajar untuk mengikuti kuliah
dalam talian berkurang. Hasil dapatan kajian didapati siswa guru sains
mempunyai tahap yang sederhana (min=3.47, sp=0.6913) bagi sumber dan
kemudahan semasa mengikuti kuliah dalam talian semasa pandemik. Selain itu,
didapati siswa guru juga mempunyai kekangan dalam sumber bahan rujukan
bagi kursus sains yang diikuti. Malah, mereka menghadapi kesukaran
102

