Page 104 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 104

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               meningkatkan kemahiran sosial mereka (UNESCO IESALC, 2020). Dari sudut
               institut pengajian tinggi, komitmen merupakan tahap pelibatan pelajar secara
               aktif atau tidak terhadap pembelajaran di peringkat  universiti (Haruzuan &
               Kuppusamy,  2011).  Semasa pandemik  COVID-19  ini dalam satu kajian
               menunjukkan pelajar mempunyai ketidakpuasan dengan persekitaran rumah
               sebagai tempat untuk belajar (Lau, Yang, & Dasgupta, 2020).


               OBJEKTIF KAJIAN

               Terdapat dua objektif kajian iaitu:

               1.      Mengenal  pasti faktor persekitaran pembelajaran dalam talian iaitu
                       ruang, teknologi, sumber dan kemudahan siswa guru sains semester
                       lapan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail semasa pandemik COVID-19.
               2.      Mengenal pasti pengaruh faktor persekitaran pembelajaran dalam talian
                       terhadap komitmen siswa guru sains semester lapan di IPG Kampus
                       Dato’ Razali Ismail semasa pandemik COVID-19.


               PERSOALAN KAJIAN

               Berikut adalah persoalan kajian yang diperoleh dalam kajian ini iaitu:

               1.      Apakah  terdapat  faktor  persekitaran pembelajaran dalam talian iaitu
                       ruang, teknologi, sumber dan kemudahan siswa guru sains semester
                       lapan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail semasa pandemik COVID-19?
               2.      Adakah terdapat pengaruh faktor persekitaran pembelajaran dalam talian
                       yang signifikan terhadap komitmen siswa guru sains semester lapan di
                       IPG Kampus Dato’ Razali Ismail semasa pandemik COVID-19?


               METODOLOGI

               Reka bentuk

               Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan kaedah soal selidik.
               Kajian ini menganalisis hubungan antara persekitaran pembelajaran dalam talian
               yang bertindak sebagai pemboleh ubah bebas dengan komitmen siswa guru
               sebagai pemboleh ubah bersandar.

               Persampelan

               Populasi  terdiri daripada  seramai  39 orang siswa guru opsyen sains Program
               Ijazah Sarjana Muda semester 2 tahun 4,  ambilan    Jun 2017 di IPG Kampus

                                                                                     99
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109