Page 103 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 103
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu
memanfaatkan penggunaan ICT (Information and Communication Technology)
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (PPPM, 2012).
Kajian Literatur
Dalam teori pembelajaran sosial, persekitaran boleh menjadi pengaruh utama
terhadap tingkah laku dan komitmen seseorang disebabkan oleh interaksi antara
alam (biologi) dan pengasuhan dari persekitaran (McLeod, 2016). Pengertian
komitmen membawa kepada dua kata kunci kesungguhan dan keteguhan
seseorang dalam melakukan sesuatu perkara (Affiandary, 2017). Semasa
menghadapi pandemik ini, landskap sistem pendidikan berubah ke arah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian melalui platform digital.
Kebanyakan pelajar institusi pendidikan tinggi mengalami kejutan untuk
mengadaptasi perubahan ini dan mengundang rasa bimbang dalam kalangan
mereka (Abdul Rashid et al., 2020). Hal ini memberikan cabaran kepada pelajar
institusi pendidikan tinggi untuk bersedia dan komited dengan kaedah gaya
pembelajaran yang baharu ini. Menurut Paul & Kumari (2017), persekitaran
pembelajaran dalam konteks sosial, psikologi dan pedagogi boleh mempengaruhi
pembelajaran, pencapaian dan sikap pelajar. Persekitaran pembelajaran dan ciri-
cirinya seperti persekitaran psikososial, persekitaran fizikal dan penggunaan
teknologi akan mempengaruhi kepuasan pembelajaran seorang pelajar kerana
mampu meransang pelajar untuk terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
PERNYATAAN MASALAH
Pelajar Malaysia merupakan antara golongan yang paling terkesan apabila PKP
dilaksanakan kerana kekurangan kesediaan sistem dalam talian di institusi
pengajian tinggi apabila berlakunya transformasi seperti ini. Dalam kajian
Rasheed et al. (2020), didapati pelajar institut pengajian tinggi merasakan
persekitaran pembelajaran di rumah kurang sesuai atas faktor keluarga dan
keselesaan. Malah, pelajar yang mempunyai masalah akses kepada internet akan
menghadapi kesukaran untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dan ini
membebankan mereka. Dalam satu kajian tinjauan, menunjukkan 58 peratus
pelajar yang menjadi responden tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran
dalam talian semasa pandemik COVID-19 (QS, 2020). Pandemik COVID-19 ini
bukan sahaja memberikan kesan kepada pelajar di Malaysia, malah pelajar di
luar negara.
Dalam kajian di India, 72.9 peratus responden bersetuju bahawa perintah
kawalan pergerakan ini memberi impak negatif kepada status psikologi mereka
(Upadahyaya et al., 2020). Pembelajaran dalam talian memerlukan komitmen
dan disiplin, terutama kepada pelajar yang memerlukan interaksi supaya boleh
98

