Page 101 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 101
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
PENGARUH FAKTOR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DALAM
TALIAN TERHADAP KOMITMEN SISWA GURU SAINS SEMASA
PANDEMIK COVID-19
2
3
1 Nur Aina syhaqirien Ruslan, Ain Izza Asniera Ab Rahman, Mas Norbany Abu
4
Samah, PhD. & Badrulmuin Muhamad Adam PhD.
1234 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
aina17-1123@epembelajaran.edu.my
ABSTRAK
Persekitaran pembelajaran merupakan satu elemen utama yang mempengaruhi
komitmen siswa guru dalam mengikuti pembelajaran dalam talian semasa
pandemik COVID-19. Kajian tinjauan ini bertujuan mengenal pasti pengaruh
faktor persekitaran pembelajaran iaitu ruang, teknologi, serta sumber dan
kemudahan terhadap komitmen siswa guru sains. Responden terdiri daripada 39
orang siswa guru sains di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang dipilih
menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisis secara statistik
deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian regresi menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian
menunjukkan faktor persekitaran pembelajaran dalam talian yang mempengaruhi
komitmen siswa guru sains adalah faktor teknologi iaitu sebanyak 30.3 peratus.
Dapatan menunjukkan faktor persekitaran pembelajaran iaitu ruang pada tahap
tinggi manakala teknologi, sumber dan kemudahan berada pada tahap sederhana.
Kajian ini memberikan impak kepada siswa guru sains, pensyarah dan pentadbir
serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambah baik strategi
pembelajaran dalam talian di Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya komitmen
siswa guru ditingkatkan bagi melahirkan guru yang kompeten dan holistik
selaras dengan perkembangan evolusi pendidikan di Malaysia.
Kata Kunci: Persekitaran pembelajaran, pembelajaran dalam talian, komitmen,
Pandemik COVID-19
ABSTRACT
The learning environment is one of the crucial impacts that could affect trainee
teacher’s commitment when engaging in online learning especially during
COVID-19 pandemic. This research aimed to identify the level of learning
environment factors such as space, technology as well as resources and
facilities. This study also conducted to identify which learning environment
factors that influence the commitment of science trainee teachers. The
96

