Page 108 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 108
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
dalam menyiapkan tugasan kerana sumber bahan rujukan di rumah juga tidak
mencukupi.
Hasil dapatan kajian Rasheed et al., (2020) juga mendapati pelajar di universiti
awam mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugasan amali kerana
kekurangan sumber dan kemudahan terutama tugasan yang memerlukan aktiviti
di makmal. Malah, kebanyakan institusi mempunyai kekurangan sumber dan
peralatan bagi pembelajaran dalam talian ini, ia telah menyebabkan kurangnya
motivasi insintrik dalam kalangan pelajar untuk mengikuti kuliah secara dalam
talian. Hal ini disokong dalam kajian ini kerana didapati siswa guru mempunyai
tahap kerelaan yang sederhana untuk mereka menyiapkan tugasan amali secara
dalam talian. Malah tahap komitmen mereka juga didapati berada pada aras yang
sederhana.
Rajah 1: Model Regresi
Berdasarkan Rajah 1, model regresi ini dapat menerangkan 30.3% variasi dalam
2
komitmen siswa guru (R = 0.303) teknologi memberikan sumbangan yang
signifikan dan paling besar (�= 0.567, t= 4.190, p= 0.00) (p<0.05) kepada
komitmen siswa guru dalam mengikuti pembelajaran dalam talian semasa
pandemik COVID-19. Didapati, pengaruh teknologi seperti kelajuan internet dan
kecukupan alat peranti dapat meningkatkan komitmen siswa guru. Semasa
pandemik COVID-19 ini pengintegrasian teknologi merupakan elemen penting
dalam proses pembelajaran dalam talian (School of Education, 2020).
Penggunaan alat teknologi mampu meningkatkan pelibatan pelajar, membantu
pendidik menaik taraf rancangan pengajaran mereka. Pengintegrasian teknologi
juga membantu membina kemahiran penting yang diperlukan dalam pendidikan
abad ke 21 (Friedman, 2019). Menurut Becker (1960) semakin banyak masa,
tenaga, kemahiran dan aset peribadi yang dilaburkan dalam sesuatu kerja,
semakin tinggi komitmen peribadi individu tersebut kepada perkara itu (Becker,
1960). Oleh itu, faktor teknologi perlu dijadikan fokus utama dalam
meningkatkan komitmen siswa guru sains supaya mengikuti pembelajaran secara
dalam talian semasa pandemik COVID-19.
103

