Page 106 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 106

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




              Profil Peserta Kajian

              Demografi responden meliputi aspek jantina, kawasan tempat tinggal, tempat
              tinggal semasa, jenis internet dan kelajuan internet.

              Jadual 2:  Profil Responden Kajian

              Item Demografi          Responden kajian      Kekerapan   Peratusan (%)
                                      Lelaki                    23            59
              Jantina
                                      Perempuan                 16            41
                                      Bandar                    16            41
              Kawasan tempat tinggal
                                      Luar bandar               23            59
                                      Rumah                     27           69.2
              Tempat tinggal semasa
                                      Rumah sewa                12           30.8
                                      Cellular (data telefon)   21           53.8
              Jenis internet
                                      Wifi                      18           46.2
                                      Laju                      11           28.2
              Kelajuan internet       Sederhana                 27           69.2
                                      Lambat                     1            2.6


              Berdasarkan Jadual 2, responden kajian terdiri daripada 23 orang (53%) siswa
              guru lelaki dan 16 orang (41%) siswa guru perempuan. Dari segi kawasan tempat
              tinggal pula seramai 16 orang (59%) tinggal di kawasan bandar dan 23 orang
              (53%) tinggal di kawasan luar bandar. Bagi jenis internet pula 21 orang (53.8%)
              siswa guru bergantung kepada jenis data  cellular  (data telefon) dan 18 orang
              (46.2%) menggunakan jenis internet wifi. Kelajuan internet pula 11 orang
              (28.2%) mempunyai kelajuan yang laju, 27 orang (69.2%) mempunyai kelajuan
              internet yang sederhana dan hanya 1 orang (2.6%) sahaja mempunyai kelajuan
              internet yang lambat.

              Hasil Kajian

              Jadual 3:  Tahap Faktor Persekitaran Pembelajaran dalam Talian

               Faktor  Persekitaran Pembelajaran   Min     Sisihan Piawai   Tahap
               Dalam Talian
               Ruang                            3.93       0.5112           Tinggi
               Teknologi                        3.36       0.7357           Sederhana
               Sumber dan kemudahan             3.47       0.6913           Sederhana
               Keseluruhan                      3.47       0.5622           Sederhana

              Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan faktor ruang mempunyai nilai min yang
              paling tinggi (min= 3.93, sp= 0.5112) dan mempunyai tahap yang tinggi. Faktor
              teknologi pula mempunyai nilai min paling rendah (min= 3.36, sp= 0.7357).


                                                                                   101
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111