Page 109 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 109
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KESIMPULAN
Terdapat beberapa implikasi kepada pihak tertentu bagi memastikan berlaku
peningkatan komitmen siswa guru untuk mengikuti pembelajaran dalam talian
semasa pandemik COVID-19. Siswa guru perlu meningkatkan kemahiran kendiri
terutamanya dalam kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan memastikan
ruang pembelajaran dalam keadaan selesa. Pensyarah pula perlu memastikan
nota dan soalan tugasan yang diberikan kepada pelajar adalah bersesuaian
dengan kursus pengajian serta menyediakan alternatif lain bagi mengelakkan
keciciran pelajar dalam pengajaran.
Institusi Pendidikan Guru Malaysia perlu membuat penilaian tentang
keberkesanan pelaksanaan kuliah dalam talian semasa pandemik COVID-19.
Seterusnya, menyediakan sebuah platform seperti e-perpustakaan bagi membantu
pelajar untuk mencari sumber rujukan dengan lebih mudah terutamanya yang
berkaitan dengan kursus yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru. Kerajaan
pula boleh meningkatkan sistem jalur lebar negara supaya kelajuan internet di
Malaysia meningkat setaraf dengan negara maju yang lain. Selain itu,
menyediakan elaun internet kepada para siswazah bagi membolehkan mereka
mempunyai peruntukan yang spesifik untuk melayari internet bagi mengikuti
pembelajaran dalam talian.
Pengkaji ingin mencadangkan agar kajian susulan dilakukan dengan meluaskan
populasi kajian kepada siswa guru di seluruh Malaysia agar sampel kajain
menjadi lebih besar dan boleh digeneralisasikan. Selain itu, kajian lanjutan perlu
dilakukan dengan mengkaji faktor persekitaran pembelajaran yang boleh
mempengaruhi komitmen siswa guru. Akhir sekali, kaedah kualitatif seperti
temu bual dilakukan supaya dapatan kajian yang diperoleh lebih
terperinci. Rumusannya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang ke arah
perkembangan ilmu khususnya dalam mempertingkatkan komitmen siswa guru
dalam bidang pendidikan dalam talian di Institut Pendidikan Guru.
RUJUKAN
Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin AlHaadi Shafie, UmiHamidaton Mohd Soffian Lee, &
Raja Nur Syafiqah Raja Ashaari. (2020). Strategi pembangunan aspek
kesejahteraan kendiri bagi mendepani tekanan akademik semasa wabak COVID-
19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(12), 16-30.
doi:https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.594.
Affiandary, C. (2017). Mengembangkan komitmen belajar melalui simulatif playbased.
Jurnal Administrasi Pendidikan.
Asri Marsidi, & Hamrila Abdul Latip. (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi
komitmen kerja di organisasi awam. Jurnal Kemanusian, 56-64.
104

